Sepatah Dua Kata

Blog Kelab Pejabat Operasi Gombak (K-POG) ini diwujudkan sebagai wadah perkongsian maklumat khususnya sesama ahli kelab dan juga sesama rakan-rakan lain di DOSM umumnya. Blog ini akan melaporkan segala perkembangan aktiviti kelab dan juga segala peristiwa yang berlaku di POG. _______________________________________________________________________________

21 Feb 2023

Kenaikan Pangkat : Tahniah Cik Hazimah, En. Afiq, Pn. Emily & En. Rozan

Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh dan Salam Sejahtera. Seluruh warga P.O Gombak mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada anggota-anggota POG di atas kenaikan pangkat secara Time-Based Berasaskan Kecemerlangan (TBK).Anggota-anggota tersebut adalah :1. Cik Nor Hazimah bt Yeop Abd Rashid - E32 (TBK1)2. En. Mohd Afiq Aizzuddin bin Wahab - E22 (TBK1)3. Pn. Emily Singa - E22 (TBK1)4. En. Rozan bin Sulaiman - E22 (TBK1)Semoga dengan kenaikan...
Baca selanjutnya...

20 Feb 2023

Selamat Datang Cik Hazimah

Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh dan Salam Sejahtera. Pada 20 Februari 2023, Cik Nor Hazimah bt Yeop Abd Rashid, Penolong Pegawai Perangkaan Gred E29 telah melapor diri di Pejabat Operasi Gombak, menggantikan Puan Norashikin bt Nasokha yang bertukar ke Seksyen Prosesan & Analisis, Ibu Pejabat DOSM Selangor, Shah Alam.Telah berkhidmat di Jabatan Perangkaan Malaysia sejak tahun 2009,sebelum ini beliau ditempatkan bertugas secara...
Baca selanjutnya...

16 Feb 2023

Majlis Perpisahan Puan Shikin

Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh dan Salam Sejahtera. Setiap pertemuan pasti ada perpisahan. Pada 16 Februari 2023 (Khamis), Kelab POG telah menganjurkan majlis perpisahan untuk Puan Norashikin bt Nasokha, Penolong Pegawai Perangkaan Gred E29 yang bertukar ke Seksyen Prosesan & Analisis, Ibu Pejabat DOSM Selangor berkuatkuasa mulai 6 Februari 2023.Majlis turut dihadiri oleh En. Shahrill, Ketua Pejabat Operasi Kajang serta En. Fakhrul...
Baca selanjutnya...

9 Feb 2023

Kelahiran Cahaya Mata : Tahniah En. Rashid

Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh dan Salam Sejahtera.Sukacita dimaklumkan bahawa isteri kepada En. Mohd Rashid bin Ahmad, Pembantu Perangkaan E19, telah selamat melahirkan cahaya mata lelaki pada jam 2.28a.m, 8 Februari 2023.Bayi seberat  2.7kg tersebut telah selamat dilahirkan di Hospital USM Kubang Kerian, Kelantan dan dinamakan  Muhammad Faqih Anaqu bin Mohd Rashid.Tahniah kepada En. Rashid dan isteri beliau sempena kelahiran...
Baca selanjutnya...

1 Feb 2023

Majlis Pelancaran POG Biggest Loser 2023

Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh dan Salam Sejahtera. 1 Februari 2023 (Rabu) - Majlis Pelancaran POG Biggest Loser 2023 telah diadakan bertempat di Tasik Taman Bersatu, RawangPenyelaras: Pn Nik Zafifah Nik IbrahimPenyelaras bersama: Pn Husna Khiri (Fit DOSM)PesertaAktiviti Fit DOSMPelancaran POG Biggest Loser 2023 oleh KPOPenimbangan kali ke-2 peserta Biggest LoserPengumuman pemenang acara penimbangan kali ke-2 Biggest Loser (Kategori...
Baca selanjutnya...
 
PENAFIAN: Kelab P.O Gombak (K-POG) tidak akan bertanggungjawab bagi apa-apa kehilangan, kerosakan atau kerugian yang disebabkan oleh penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi dari laman blog ini.