PERPISAHAN
POG mengucapkan selamat maju jaya kepada beliau di tempat baru. |
Dalam masa yang sama, K-POG juga mengucapkan selamat datang kepada ahli baru , Pn. Husna bt Khiri.
KELAHIRAN
dah jadi bapak budak |
Bayi lelaki seberat 3.44 kg dilahirkan secara normal di Hospital Sultanah Nur Zahirah Kuala Terengganu, diberi nama Abdul Akif Rizqin.
Kpd Rahim & isteri, selamat menjadi ibu bapa mithali dan semoga Abdul Akif Rizqin menjadi anak yg soleh. Aamiin.
PERKAHWINAN
~ Walimatul urus! Dua orang anggota POG telah membuat keputusan muktamad untuk menghilangkan status keterunaan mereka.
sama cantik sama padan |
Malangnya semua anggota POG tidak dapat (tidak mampu sebenarnya) untuk menghadirkan diri memeriahkan majlis tersebut....jauh sangat la. Mungkin Abdillah patut mengadakan majlis resepsi perkahwinan beliau di Hotel FiveOEight... sebelah ofis je!
12 Jun 2011 - Tibalah masanya Fauzi b. Muhammad menamatkan zaman bujangnya dengan Mariaton Asiah bt. Shamsudin (Aton). Majlis berlangsung di Kg. Sg Tekali, Hulu Langat. Ramai juga anggota POG, HQ Shah Alam & POK yang hadir memeriahkan majlis.
pengantin senyum lebar nampak... |
KPOG mengucapkan Selamat Pengantin Baru kepada Dillah dan Pojie bersama pasangan mereka semoga berbahagia hingga ke akhir hayat. Amin!