Sepatah Dua Kata

Blog Kelab Pejabat Operasi Gombak (K-POG) ini diwujudkan sebagai wadah perkongsian maklumat khususnya sesama ahli kelab dan juga sesama rakan-rakan lain di DOSM umumnya. Blog ini akan melaporkan segala perkembangan aktiviti kelab dan juga segala peristiwa yang berlaku di POG. _______________________________________________________________________________

11 Dec 2012

Majlis Perasmian pejabat baru Pejabat Operasi Gombak

Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh dan Salam Sejahtera.  10 DISEMBER 2012 9.00 - 9.30 pagi     :  Ketibaan para jemputan.          9.30 pagi     :  Ketibaan Ketua Perangkawan, Y.Bhg. Dr. Hj. Abdul Rahman bin Hasan. 9.30 - 10.00 pagi   :  Minum pagi. 10.00 - 10.05 pagi  :  Pengerusi majlis, En. Muhamad Faizal bin Noorsham memulakan acara.      ...
Baca selanjutnya...

29 Nov 2012

Tahniah Wan Faizal & Isteri

Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh dan Salam Sejahtera. Kelab POG mengucapkan tahniah kepada Wan Ahmad Faizal dan isteri kerana menerima kehadiran ahli keluarga baru. Cahaya mata mereka yang kedua telah selamat dilahirkan pada 27 November 2012, jam 1.37 am. Bayi perempuan seberat  2.7 kg yang dilahirkan di Putra Medical Centre, Sungai Buloh, diberi nama Wan Auni Zahra. Setelah dikurniakan anak sulung...
Baca selanjutnya...

9 Oct 2012

Majlis Bacaan Yaasin, Tahlil & Doa Selamat

Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh dan Salam Sejahtera. Pada 5 Oktober lalu, Pejabat Operasi Gombak telah mengadakan Majlis Bacaan Yaasin, Tahlil dan Doa Selamat, sempena menduduki pejabat baru. Setelah kira-kira sebulan mula menduduki pejabat baru, barulah POG berkesempatan mengadakan majlis tersebut kerana agak sibuk dengan tugas-tugas hakiki. Diharapkan perpindahan ini akan mendapat keberkatan dan rahmat dari Allah s.w.t. Majlis...
Baca selanjutnya...

15 Aug 2012

Kami akan berpindah dan Selamat Hari Raya!

Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh dan Salam Sejahtera. Sebaik sahaja kembali dari bercuti seminggu sempena Aidilfitri, seluruh warga POG akan mula berpindah ke pejabat baru di Pusat Perniagaan The Reef, Rawang (bersebelahan TESCO Rawang). Sepanjang bulan Ogos ini, sambil menjalani ibadah puasa, kami di POG agak sibuk menjalankan kerja-kerja penyisihan, pengemasan, pelupusan dan juga pembungkusan, selain sibuk dengan tugas-tugas hakiki...
Baca selanjutnya...

13 Aug 2012

Majlis Berbuka Puasa P.O.G 2012

Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh dan Salam Sejahtera.  Majlis berbuka puasa ala buffet tersebut diadakan di Perangsang Templer Golf Club pada 11 Ogos 2012. Tengok saja lah beberapa gambar yang sempat diambil.       Harap maaf, kualiti gambar kurang memuaskan kerana diambil menggunakan kamera handphone cap ayam. Harap maaf juga kepada keluarga yang tak sempat diambil...
Baca selanjutnya...

1 Jul 2012

Mini Sukan Perangkaan Selangor (SUPES) 2012

Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh dan Salam Sejahtera. 30 Jun 2012 (Sabtu); KSKS JP Selangor dengan kerjasama P.O Gombak telah menganjurkan Kejohanan Mini Sukan Perangkaan Selangor (SUPES) 2012. Hanya 4 acara dipertandingkan iaitu futsal lelaki, badminton berpasukan, ping pong berpasukan dan karom berpasukan. poster kejohanan Acara futsal dan badminton dijalankan di Dewan Badminton & Futsal Taman Desa Mas, Bandar Country Homes,...
Baca selanjutnya...

30 Jun 2012

Majlis Sambutan Harijadi & Jamuan ala 'Pot Luck'

Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh dan Salam Sejahtera. 29 Jun (Jumaat); seperti yang telah diputuskan dalam satu mesyuarat KPOG baru-baru ini, majlis sambutan hari lahir anggota P.O Gombak akan diadakan setiap 3 bulan sekali, dengan acara jamuan makan diadakan secara pot luck. Memandangkan semua anggota akan membawa juadah sendiri, satu pakatan terpaksa dilakukan sebelum majlis bagi mengelakkan anggota membawa juadah yang sama jenisnya....
Baca selanjutnya...
 
PENAFIAN: Kelab P.O Gombak (K-POG) tidak akan bertanggungjawab bagi apa-apa kehilangan, kerosakan atau kerugian yang disebabkan oleh penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi dari laman blog ini.