Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh dan Salam Sejahtera.
29 Jun (Jumaat); seperti yang telah diputuskan dalam satu mesyuarat KPOG baru-baru ini, majlis sambutan hari lahir anggota P.O Gombak akan diadakan setiap 3 bulan sekali, dengan acara jamuan makan diadakan secara
pot luck.
Memandangkan semua anggota akan membawa juadah sendiri, satu pakatan terpaksa dilakukan sebelum majlis bagi mengelakkan anggota membawa juadah yang sama jenisnya.
Selain acara makan-makan dan sambutan hari lahir, diselitkan juga dengan penyerahan sedikit cenderahati kepada mereka yang telah menyambut hari lahir serta sumbangan kelahiran kepada beberapa anggota.
Mari kita saksikan kemeriahan sambutan majlis tersebut...
|
bithday boy... masih kira boy lagi ke mereka ini??? |
|
Allah selamatkan kamu.... sila nyanyi macam lagu untuk Hj Bakhil... |
|
selamat hari jadi... |
|
"Anda sungguh produktif...apa rahsia anda?"... mungkin itu agaknya yang ditanya oleh En.Rosli kepada para penerima sumbangan kelahiran ini... |
|
hampir tercetus sedikit perbalahan kerana berebut pisau pemotong kek |
|
setelah bermuzakarah, perbalahan akhirnya diselesaikan dan mereka memotong kek bersama-sama dengan gembira |
|
antara bunga-bunga yang mekar menghiasi POG... mekar la sangat... hehe |
|
dayang-dayang sibuk menyediakan makanan |
|
acara makan bermula |
|
agak konfius memilih makanan yang beraneka jenis |
|
besornya nganga... abang baju kelabu khusyuk makan tanpa mempedulikan alam sekeliling.... |
|
hingga menjilat jari... |
|
setelah lama 'bertapa''... hari ini En. Razak muncul dengan penampilan baru... |
K-POG mengucapkan selamat harijadi kepada mereka yang berkenaan. Semoga kehidupan mereka sentiasa diberkati dan dirahmati Allah hendaknya.