Sepatah Dua Kata

Blog Kelab Pejabat Operasi Gombak (K-POG) ini diwujudkan sebagai wadah perkongsian maklumat khususnya sesama ahli kelab dan juga sesama rakan-rakan lain di DOSM umumnya. Blog ini akan melaporkan segala perkembangan aktiviti kelab dan juga segala peristiwa yang berlaku di POG. _______________________________________________________________________________

30 Jun 2012

Majlis Sambutan Harijadi & Jamuan ala 'Pot Luck'

Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh dan Salam Sejahtera. 29 Jun (Jumaat); seperti yang telah diputuskan dalam satu mesyuarat KPOG baru-baru ini, majlis sambutan hari lahir anggota P.O Gombak akan diadakan setiap 3 bulan sekali, dengan acara jamuan makan diadakan secara pot luck. Memandangkan semua anggota akan membawa juadah sendiri, satu pakatan terpaksa dilakukan sebelum majlis bagi mengelakkan anggota membawa juadah yang sama jenisnya....
Baca selanjutnya...

28 Jun 2012

Sesi Perjumpaan Bersama Pengarah dan Hands-On MM e-Survey di P.O Gombak

Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh dan Salam Sejahtera.  Buat julung-julung kalinya, satu Sesi Perjumpaan Bersama Pengarah dan Hands On Penggunaan Modul MM e-Survey Dengan Responden P.O Gombak telah diadakan di Bilik Latihan P.O Gombak pada 26 Jun 2012. Tujuan utama sesi tersebut adalah untuk meningkatkan kadar respon secara e-Survey bagi Penyiasatan Pembuatan Bulanan (MM). Agak membanggakan kerana P.O Gombak khususnya dan JP Selangor...
Baca selanjutnya...

19 Jun 2012

Selamat Datang Wan Faizal

Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh dan Salam Sejahtera. Satu kekosongan jawatan E17 di P.O Gombak yang ditinggalkan oleh Abdillah b. Yusop sejak 18 Ogos 2011, akhirnya kini terisi juga. Mulai 18 Jun 2012, seorang anggota ibu pejabat JP Selangor di Shah Alam iaitu Wan Ahmad Faizal b. Wan Ibrahim mula melapor diri bertugas di P.O Gombak. Sebenarnya beliau yang menetap di Bukit Beruntung telah lama memohon untuk bertukar ke P.O.G kerana...
Baca selanjutnya...

11 Jun 2012

Kejohanan Bowling Tertutup P.O.G 2012

Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh dan Salam Sejahtera. Selepas menganjurkan Kejohanan Ping Pong Tertutup sepanjang bulan Mei lalu, K-POG menganjurkan Kejohanan Bowling Tertutup pula. K-POG memang sengaja menganjurkan kejohanan sukan secara tertutup bagi memastikan hanya kaum kerabat POG sahaja yang membawa pulang hadiah-hadiah lumayan yang ditawarkan... hehe, lumayanlah sangat! Kejohanan ini merupakan acara tahunan di POG tetapi...
Baca selanjutnya...

2 Jun 2012

Tahniah Fairos & suami!

Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh dan Salam Sejahtera. Kelab POG mengucapkan tahniah kepada Norfairos & suami di atas kelahiran cahaya mata sulung mereka pada jam 4.28 pm, 19 Mei 2012. comeynya...kecik-kecik dah pakai baju liverpool, mesti anak abah ni... Bayi lelaki seberat  3.17 kg dilahirkan di Hospital Universiti Sains Malaysia (USM) Kubang Kerian, Kelantan dan diberi nama Muhammad Afeef Nawfal. Agak-agaknya apa maksud...
Baca selanjutnya...

1 Jun 2012

Kejohanan Ping Pong Tertutup P.O.G

Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh dan Salam Sejahtera. Sepanjang bulan Mei yang lalu, kejohanan ini telah diadakan untuk mencungkil bakat-bakat yang agak berkaliber yang mungkin boleh diketengahkan lebih jauh. Dijalankan secara liga, terdapat 5 pasukan yang bertanding di mana pemainnya ditetapkan secara undian... Senarai Pasukan & Pemain : AYAQ ASAM (RAHIM & AZEMAN) BELACAN (FADZLY & ROHAIZAT) BUDU (AFIQ & SHAHRUL) CENCALOK...
Baca selanjutnya...
 
PENAFIAN: Kelab P.O Gombak (K-POG) tidak akan bertanggungjawab bagi apa-apa kehilangan, kerosakan atau kerugian yang disebabkan oleh penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi dari laman blog ini.