Pejabat Operasi Gombak (POG) gempar seketika setelah Ketua POG, En. Mohd Rosli bin Mahmood menghilangkan diri tidak masuk ke pejabat selama 7 hari. Setelah diselidiki, rupa-rupanya beliau telah memanfaatkan kemudahan cuti tanpa rekod isteri bersalin...hehe...
Seluruh anggota Kelab POG mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada En.Rosli dan isteri, Pn. Nik Farhana sempena kelahiran anak kedua mereka.
Alhamdulillah, bayi lelaki seberat 2.45 kg tersebut telah selamat dilahirkan secara normal di Hospital Tengku Ampuan Rahimah, Kelang pada 21hb Mac 2013, jam 5.19 petang.
Raid Fayyadh |
Kami di POG mendoakan semoga kehidupan mereka sekeluarga dirahmati, diberkati, dikurniakan kesihatan yang baik, dimurahkan rezeki serta semoga putera puteri mereka bakal menjadi anak yang soleh dan solehah... aamiinn. Insya Allah.
.
.
.