Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh dan Salam Sejahtera.
Agak lama juga anggota POG tidak bermain futsal sesama sendiri (kecuali menyertai Pertandingan Futsal Tertutup JP Selangor pada bulan Februari lalu) kerana kekurangan pemain.
Kalau nak harapkan anggota Tetap semata-mata memanglah tak cukup pemain. Tambahan pula anggota Tetap yang ada kebanyakannya dibelenggu masalah kecederan, lutut longgar serta kurang stamina disebabkan jarang bersenam dan paru-paru sentiasa diselubungi asap. Malah beberapa pemain bintang juga telah melewati zaman kegemilangan mereka kerana peningkatan usia...
Bagaimanapun kemasukan anggota PSH baru untuk Projek Banci CDT 2014 yang bergabung dengan beberapa anggota PSH sedia ada kembali memeriahkan arena futsal POG. Satu perlawanan suka-suka telah diadakan di VIP Futsal, Rawang, ramai antara mereka yang boleh bermain dengan baik. Nampaknya lepas ni bolehlah kita main selalu, sekurang-kurangnya pun sebulan dua kali... setuju???
Sepatah Dua Kata
Blog Kelab Pejabat Operasi Gombak (K-POG) ini diwujudkan sebagai wadah perkongsian maklumat khususnya sesama ahli kelab dan juga sesama rakan-rakan lain di DOSM umumnya. Blog ini akan melaporkan segala perkembangan aktiviti kelab dan juga segala peristiwa yang berlaku di POG. _______________________________________________________________________________