Berikutan bencana banjir luar biasa yang telah melanda negeri-negeri di Semenanjung Malaysia, gabungan Persatuan, Kelab dan Kesatuan di Jabatan Perangkaan Malaysia telah mengadakan misi bantuan sukarelawan STATS Relief dalam melaksanakan kerja-kerja pembersihan pasca banjir khususnya di rumah anggota-anggota Jabatan yang terjejas teruk akibat banjir.
Misi pertama digerakkan ke negeri Kelantan iaitu antara negeri yang paling teruk terjejas dalam bencana tersebut. Ia disertai oleh 65 anggota Jabatan dari Ibu Pejabat, JP Selangor, JP Negeri Sembilan, JP Zon Utara (Kedah, P.Pinang & Perlis) dan JP Terengganu, serta bantuan oleh anggota JP Kelantan sendiri. Tiga anggota dari P.O Gombak turut berkesempatan menyertai misi tersebut yang bermula dari 6-10 Januari 2015.
Destinasi yang dituju oleh para sukarelawan ini adalah di rumah-rumah anggota dari JP Kelantan di sekitar Jajahan Kota Bharu dan Tumpat, serta rumah-rumah anggota P.O Kuala Krai di sekitar Jajahan Kuala Krai.
taklimat dan pembahagian kumpulan di JP Kelantan
kesan-kesan kemusnahan selepas banjir
para sukarelawan STATS Relief
selesai tugas...bergambar dengan tuan rumah (salah seorang anggota JP Kelantan)
penyerahan sumbangan jabatan disampaikan oleh Datuk KP kepada
seorang anggota PSH, P.O Kuala Krai yang menjadi mangsa banjir
Melihat kesan kemusnahan selepas banjir, pastinya peristiwa ini memberi kesan mendalam terhadap mangsa-mangsa yang terlibat. Semoga mereka tabah dan sabar menghadapi ujian ini. Berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul. Diharapkan berkat usaha bersama para sukarelawan ini dapat sedikit sebanyak meringankan bebanan anggota-anggota Jabatan yang menjadi mangsa banjir.
.