Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh dan Salam Sejahtera.
Patah tumbuh hilang berganti. Setelah kehilangan Puan Raiham bt Abdullah
yang bertukar ke Jabatan Perangkaan Malaysia
Negeri Pahang, kini Pejabat Operasi Gombak menerima
kehadiran anggota baru.
Pada 5 September 2016 (Isnin), Puan Emily Singa, Pembantu Perangkaan E19 telah melapor diri untuk memulakan tugas di Pejabat Operasi Gombak.
Telah
berkhidmat di Jabatan Perangkaan Malaysia selama kira-kira 7 tahun,
beliau yang berasal dari Sarawak, sebelum ini bertugas di Bahagian Perangkaan Akaun Negara, Wisma Minlon.
POG mengucapkan selamat datang dan mengalu-alukan kedatangan Puan Emily,
semoga beliau cepat menyesuaikan diri seterusnya memberikan komitmen yang tinggi sepanjang bertugas di sini.
Sepatah Dua Kata
Blog Kelab Pejabat Operasi Gombak (K-POG) ini diwujudkan sebagai wadah perkongsian maklumat khususnya sesama ahli kelab dan juga sesama rakan-rakan lain di DOSM umumnya. Blog ini akan melaporkan segala perkembangan aktiviti kelab dan juga segala peristiwa yang berlaku di POG. _______________________________________________________________________________