Sepatah Dua Kata

Blog Kelab Pejabat Operasi Gombak (K-POG) ini diwujudkan sebagai wadah perkongsian maklumat khususnya sesama ahli kelab dan juga sesama rakan-rakan lain di DOSM umumnya. Blog ini akan melaporkan segala perkembangan aktiviti kelab dan juga segala peristiwa yang berlaku di POG. _______________________________________________________________________________

17 Mar 2017

Selamat Datang En. Amri; Pengarah Baru DOSM Selangor

Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh dan Salam Sejahtera. Sukacita dimaklumkan bahawa En. Muhammad Amri bin Idris telah melaporkan diri sebagai Pengarah Gred E54 di Jabatan Perangkaan Malaysia Negeri Selangor berkuatkuasa mulai 16 Mac 2017. Sebelum ini beliau menjawat jawatan Pengarah di DOSM Perak. Seluruh warga POG mengucapkan setinggi-tinggi tahniah, selamat datang dan selamat bertugas di DOSM Selangor kepada beliau. Semoga kita...
Baca selanjutnya...

10 Mar 2017

Kenaikan Pangkat: Tahniah En. Frankie

Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh dan Salam Sejahtera. Seluruh warga P.O Gombak mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada En. Frankie anak Albert Antau, Ketua Pejabat Operasi Gombak atas kenaikan pangkat sebagai Perangkawan Gred E44 berkuatkuasa 1 Mac 2017. Semoga dengan kenaikan pangkat ini akan menjadi pencetus semangat kepada beliau untuk berkhidmat lebih cemerlang dalam melaksanakan tugas dan amanah yang dipertanggungjawabkan di...
Baca selanjutnya...

Mesyuarat Penubuhan KSKS

Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh dan Salam Sejahtera. 9 Mac 2017 (Khamis) - Mesyuarat Penubuhan Kelab Sukan, Kebajikan dan Sosial JP Negeri Selangor (KSKS) telah diadakan bertempat di Dewan Auditorium Perpustakaan Raja Tun Uda, Jalan Kelab Golf 13/6, Seksyen 13, Shah Alam. Sekalung tahniah dan syabas diucapkan kepada Ahli Jawatankuasa yang baru dilantik bagi tempoh 2017/2018: Pengerusi : En. Mohd...
Baca selanjutnya...

7 Mar 2017

Kelahiran Cahaya Mata: Tahniah En. Afiq

Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh dan Salam Sejahtera.   Sukacita dimaklumkan bahawa isteri En. Mohd Afiq Aizzuddin bin Wahab, Pembantu Perangkaan E19, Pejabat Operasi Gombak telah selamat melahirkan cahaya mata perempuan pada jam 3.27 pm, 6 Mac 2017. Bayi seberat 2.64 kg tersebut telah selamat dilahirkan di Hospital Sultanah Nur Zahirah, Kuala Terengganu dan dinamakan Raysha Naurah bt Mohd Afiq Aizzuddin. Tahniah kepada En....
Baca selanjutnya...

4 Mar 2017

Ceramah Penjagaan Kesihatan

Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh dan Salam Sejahtera. 3/3/2017 (Jumaat) - Satu ceramah berkaitan penjagaan kesihatan telah diadakan di POG, yang disampaikan oleh En. Mohd Redza Abdul Rahman, Ketua Jabatan Pembangunan dan Penyelidikan Produk FELDA Wellness Corporation. Banyak tips penjagaan kesihatan yang beliau kongsikan termasuk pengambilan makanan berkhasiat dan makanan tambahan yang bernutrisi yang dapat mengurangkan risiko penyakit. Beliau...
Baca selanjutnya...
 
PENAFIAN: Kelab P.O Gombak (K-POG) tidak akan bertanggungjawab bagi apa-apa kehilangan, kerosakan atau kerugian yang disebabkan oleh penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi dari laman blog ini.