Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh dan Salam Sejahtera.
Sukacita dimaklumkan bahawa En. Muhammad Amri bin Idris telah melaporkan diri sebagai Pengarah Gred E54 di Jabatan Perangkaan Malaysia Negeri Selangor berkuatkuasa mulai 16 Mac 2017.
Sebelum ini beliau menjawat jawatan Pengarah di DOSM Perak.
Seluruh warga POG mengucapkan
setinggi-tinggi tahniah, selamat datang dan selamat bertugas di DOSM Selangor kepada beliau. Semoga kita semua dapat bekerjasama dengan baik seterusnya meningkatkan kecemerlangan DOSM Selangor.
Sepatah Dua Kata
Blog Kelab Pejabat Operasi Gombak (K-POG) ini diwujudkan sebagai wadah perkongsian maklumat khususnya sesama ahli kelab dan juga sesama rakan-rakan lain di DOSM umumnya. Blog ini akan melaporkan segala perkembangan aktiviti kelab dan juga segala peristiwa yang berlaku di POG. _______________________________________________________________________________