9 Jun 2017 (Jumaat) - Kelab Pejabat Operasi Gombak telah mengadakan Majlis Ceramah Agama sempena bulan Ramadhan al-Mubarak. Ceramah tersebut disampaikan oleh Y.Bhg. Ustaz Mohd Fuad b. Mohammad Farid Khan; Eksekutif Wakaf & Dakwah IK Sunnah LifeStyle.
Berikut adalah intipati ceramah untuk kita renung dan amalkan bersama dalam usaha mencari Lailatul Qadar, 1 malam yang lebih baik dari 1000 bulan.
1. Antara waktu mustajab untuk berdoa:
~ Ketika waktu sahur dan di akhir sepertiga malam.
~ Ketika waktu berbuka puasa.
~ Ketika hujan turun.
~ Ketika malam Lailatul Qadar.
~ Ketika waktu antara azan dan iqamah.
~ Ketika sujud dalam solat.
~ Ketika sebelum memberi salam dalam solat wajib.
~ Ketika hari jumaat.
~ Ketika waktu antara 2 khutbah dalam solat jumaat.
2. Seseorang yang melakukan ibadat pada malam Lailatul-Qadar seolah-olah dia sentiasa beribadat selama 1000 bulan bersamaan 83 tahun. Orang yang menghidupkan malam Lailatul-Qadar juga turut diampunkan dosa-dosanya yang telah lalu.
~ Di antara tanda malam Al-Qadar adalah malam itu tenang, tidak dingin dan tidak panas; manakala pada siangnya cahaya matahari warnanya kelihatan pucat.
~ Cara mencari dan menghidupkan Lailatul Qadar seperti yang diamalkan oleh Rasulullah s.a.w dan para sahabat pada malam-malam terakhir Ramadhan ialah: :
- Mandi, berpakaian cantik dan berwangi-wangian.
- Beriktikaf iaitu mendampingi masjid untuk mentaati Allah.
- Sabda Rasulullah s.a.w, "Sesiapa yang menghadiri solat isya' berjemaah, maka baginya pahala solat separuh malam, dan sesiapa yang solat isya' dan subuh berjemaah, maka baginya pahala solat sepanjang malam." HR Muslim & Tirmidzi.
- Mengejutkan keluarga agar bangun beribadah.
- Uzlah (tidak mendekati) isteri.
- Memperbanyakkan amal ibadat dan berqiamulail di masjid atau surau.
- Menghadiri majlis ilmu, mengulangkaji hadith, tafsir dan sirah nabi.
- Memperbanyakkan bertasbih, tahmid, takbir, istighfar dan bersalawat.
- Membaca dan tadarus al-Quran serta berzikir kepada Allah.
- Bersolat Tarawih, Witir, Tahajud, Taubat dan solat Hajat.
- Bertaubat daripada segala kesalahan dan dosa selama ini.
- Berdoa ke hadrat Ilahi. Rasulullah s.a.w sering membaca doa: "Wahai Tuhan kami! Anugerahkanlah kepada kami kebajikan di dunia dan juga kebajikan di akhirat serta peliharakanlah kami daripada seksaan api neraka yang pedih."
- Berdoa mendapatkan keampunan dan keberkatan malam itu.
“Siapa yang menghadiri shalat ‘Isya berjamaah, maka baginya
pahala shalat separuh malam. Siapa yang melaksanakan shalat ‘Isya dan
Shubuh berjamaah, maka baginya pahala shalat semalam penuh.”
Sumber : https://rumaysho.com/11367-cara-mendapatkan-lailatul-qadar.html

Apa yang dikatakan oleh Imam Syafi’i dan ulama lainnya di atas sejalan dengan hadits dari ‘Utsman bin ‘Affan radhiyallahu ‘anhu, Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda,

مَنْ
شَهِدَ الْعِشَاءَ فِى جَمَاعَةٍ كَانَ لَهُ قِيَامُ نِصْفِ لَيْلَةٍ
وَمَنْ صَلَّى الْعِشَاءَ وَالْفَجْرَ فِى جَمَاعَةٍ كَانَ لَهُ كَقِيَامِ
لَيْلَةٍ
“Siapa yang menghadiri shalat ‘Isya berjamaah, maka baginya
pahala shalat separuh malam. Siapa yang melaksanakan shalat ‘Isya dan
Shubuh berjamaah, maka baginya pahala shalat semalam penuh.” (HR. Muslim no. 656 dan Tirmidzi no. 221).Sumber : https://rumaysho.com/11367-cara-mendapatkan-lailatul-qadar.html

3. Di akhir ceramah, Ustaz Mohd Fuad turut menerangkan kelebihan kitab Tafsir Ibnu Kathir, iaitu sebuah kitab tafsir tertua berusia lebih 700 tahun. Kitab tafsir ini dianggap yang terbaik, terlengkap dan terkenal dalam dunia keilmuan Islam. Ia menjadi rujukan kepada semua cendekiawan Islam Ahlus Sunnah wal Jama'ah di seluruh dunia.