Sepatah Dua Kata

Blog Kelab Pejabat Operasi Gombak (K-POG) ini diwujudkan sebagai wadah perkongsian maklumat khususnya sesama ahli kelab dan juga sesama rakan-rakan lain di DOSM umumnya. Blog ini akan melaporkan segala perkembangan aktiviti kelab dan juga segala peristiwa yang berlaku di POG. _______________________________________________________________________________

25 Oct 2017

Ucapan Tahniah kepada Ketua Perangkawan Malaysia

Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh dan Salam Sejahtera. Seluruh warga Pejabat Operasi Gombak, DOSM Selangor merakamkan setinggi-tinggi tahniah kepada Ketua Perangkawan Malaysia, Y.Bhg. Dato' Sri Dr. Mohd Uzir Mahidin di atas pengurniaan Darjah Kebesaran Sri Sultan Ahmad Shah Pahang (SSAP) oleh DYMM Sultan Pahang bersempena Hari Keputeraan Baginda ke-87 pada 24 Oktober 2017 yang membawa gelaran Dato’ Sri. Kami akan terus bersama mendokong...
Baca selanjutnya...

22 Oct 2017

Stats ASEAN Run 2017

Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh dan Salam Sejahtera. Dataran Putrajaya; 21 Oktober 2017 - Seramai kira-kira 4,000 peserta hari ini menyertai acara dwitahunan Stats Asean Run 2017 di sini bagi meraikan Hari Statistik Negara yang disambut pada 20 Oktober setiap tahun. Program kali ketiga yang bermula sejak 2013 anjuran Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM) itu diraikan bersekali dengan Sambutan 50 Tahun Asean. Penganjuran acara larian...
Baca selanjutnya...

21 Oct 2017

Sambutan Hari Statistik Negara 2017 POG

Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh dan Salam Sejahtera. Pejabat Operasi Gombak telah mengadakan majlis sambutan Hari Statistik Negara 2017 yang disambut pada 20 Oktober setiap tahun. Majlis sambutan yang berkonsepkan hari terbuka tersebut telah dihadiri oleh komuniti sekitar Pusat Perniagaan Reef, Rawang serta penduduk kampung dan taman berdekatan. Program sambutan Hari Statistik Negara bertemakan “Data Berkualiti. Kehidupan Sejahtera”...
Baca selanjutnya...

15 Oct 2017

Program Sahabat Statistik Bersama Komuniti 2017 sempena Hari Statistik Negara

Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh dan Salam Sejahtera. 14 Oktober 2017 (Sabtu) - Pejabat Operasi Gombak telah mengadakan Program Sahabat Statistik : Merakyatkan Statistik Bersama Komuniti bertempat di  Dewan Kuliah, Kolej Komuniti Selayang. Program ini diadakan sebagai salah satu acara bersempena Hari Statistik Negara yang diisytiharkan disambut pada 20 Oktober setiap tahun. Kumpulan sasaran yang dijemput menghadiri program...
Baca selanjutnya...

1 Oct 2017

Sukan Statistik Kebangsaan (SSK) 2017

Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh dan Salam Sejahtera.   Pada 28-30 September 2017, telah berlangsung Sukan Statistik Kebangsaan (SSK) 2017 kali ke-12, yang merupakan penjenamaan semula Sukan Antara Zon (SAZ), hasil cetusan ilham Ketua Perangkawan Malaysia, Dr Mohd Uzir Mahidin. Temasya kejohanan dwitahunan kali ini dianjurkan oleh Zon Tengah (DOSM Wilayah Persekutuan & Selangor) dan telah diadakan di Pusat Latihan Institut...
Baca selanjutnya...
 
PENAFIAN: Kelab P.O Gombak (K-POG) tidak akan bertanggungjawab bagi apa-apa kehilangan, kerosakan atau kerugian yang disebabkan oleh penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi dari laman blog ini.