Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh dan Salam Sejahtera.
Dataran Putrajaya; 21 Oktober 2017 - Seramai kira-kira 4,000 peserta hari ini menyertai acara dwitahunan Stats Asean Run 2017 di sini bagi meraikan Hari Statistik Negara yang disambut pada 20 Oktober setiap tahun.
Program kali ketiga yang bermula sejak 2013 anjuran Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM) itu diraikan bersekali dengan Sambutan 50 Tahun Asean. Penganjuran acara larian tersebut bermatlamat untuk memupuk kesedaran tentang kepentingan statistik bagi perancangan dan pembangunan negara dalam kalangan rakyat.
Ketua Perangkawan; Dr. Mohd Uzir Mahidin, Pengarah DOSM Selangor; En. Muhammad Amri bin Idris, Ketua Pejabat Operasi Gombak; En. Frankie anak Albert Antau serta ramai lagi warga DOSM lain turut menyertai acara larian tersebut, selaras dengan seruan amalan gaya hidup sihat dan aktif yang digalakkan Jabatan menerusi kempen Fit DOSM.
“Program ini juga adalah antara langkah yang dilaksana untuk mengukuh rantaian kerjasama dan usaha bersepadu daripada pelbagai pihak bagi menghubung jalinan aspirasi bersama bagi mencapai tahap negara maju berpaksikan maklumat dan statistik yang mantap.”
Sepatah Dua Kata
Blog Kelab Pejabat Operasi Gombak (K-POG) ini diwujudkan sebagai wadah perkongsian maklumat khususnya sesama ahli kelab dan juga sesama rakan-rakan lain di DOSM umumnya. Blog ini akan melaporkan segala perkembangan aktiviti kelab dan juga segala peristiwa yang berlaku di POG. _______________________________________________________________________________