Sepatah Dua Kata

Blog Kelab Pejabat Operasi Gombak (K-POG) ini diwujudkan sebagai wadah perkongsian maklumat khususnya sesama ahli kelab dan juga sesama rakan-rakan lain di DOSM umumnya. Blog ini akan melaporkan segala perkembangan aktiviti kelab dan juga segala peristiwa yang berlaku di POG. _______________________________________________________________________________

26 Jun 2019

Majlis Sambutan Aidilfitri POG 2019

Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh dan Salam Sejahtera. 25 Jun 2019 bersamaan 21 Syawal 1440H (Selasa) - Kelab POG telah menganjurkan Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri POG yang telah diadakan bertempat di Bilik Latihan Seri Selayang, Aras 2, Pejabat Operasi Gombak. Majlis turut diserikan dengan kehadiran Pengarah DOSM Selangor, En. Muhammad Amri bin Idris, Ketua Pejabat Operasi Kajang (POK), En. Mohd Shahrill bin Abdul...
Baca selanjutnya...

12 Jun 2019

Semoga cepat sembuh, Shahrul

Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh dan Salam Sejahtera. Dukacita dimaklumkan bahawa En. Mohd Shahrul bin Johari telah dimasukkan ke Hospital Selayang kerana mengalami demam denggi. Seluruh warga POG mendoakan semoga beliau cepat sembuh dan dapat kembali meneruskan tugas seperti biasa. Insya All...
Baca selanjutnya...

4 Jun 2019

Selamat Hari Raya Aidilfitri & Hari Gawai 2019

Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh dan Salam Sejahtera. Pejabat Operasi Gombak mengucapkan selamat menyambut Hari Raya Aidilfitri kepada semua rakyat Malaysia yang beragama Islam. Semoga hari raya disambut dengan penuh kesyukuran dan kebahagian di samping keluarga tersayang. Selamat Hari Raya Aidilfitri Maaf Zahir dan Batin daripada kami di Jabatan Perangkaan Malaysia "Indahnya Langit Kerana Awan,Indahnya Lautan Kerana Kebiruan,Indahnya...
Baca selanjutnya...
 
PENAFIAN: Kelab P.O Gombak (K-POG) tidak akan bertanggungjawab bagi apa-apa kehilangan, kerosakan atau kerugian yang disebabkan oleh penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi dari laman blog ini.