25 Jun 2019 bersamaan 21 Syawal 1440H (Selasa) - Kelab POG telah menganjurkan Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri POG yang telah diadakan bertempat di Bilik Latihan Seri Selayang, Aras 2, Pejabat Operasi Gombak.
Majlis turut diserikan dengan kehadiran Pengarah DOSM Selangor, En. Muhammad Amri bin Idris, Ketua Pejabat Operasi Kajang (POK), En. Mohd Shahrill bin Abdul Rashid, para pegawai, AJK KSKS serta anggota-anggota dari Ibu Pejabat DOSM Selangor, Shah Alam.
Antara acara yang diadakan adalah penyampaian duit raya dan anugerah kecemerlangan kepada anggota tetap dan PSH di POG bagi separuh tahun 2019. Acara kemuncak sambutan kali ini pastilah acara santapan pelbagai menu juadah istimewa.
Saksikan gambar-gambar keceriaan dan kemeriahan majlis tersebut:
Setinggi penghargaan dan terima kasih kepada semua anggota POG dan tetamu yang menjayakan dan memeriahkan majlis ini. Semoga semangat kerjasama dan ukhuwah antara sesama anggota DOSM Selangor khususnya di POG bertambah erat dan jitu.
SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI, MAAF ZAHIR DAN BATIN DARI WARGA POG.