17/1/2020 (Jumaat) - Warga POG telah menganjurkan program senaman FitDOSM demi menyahut seruan program FitDOSM oleh Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM) yang bertujuan untuk memastikan anggota Jabatan sentiasa mengamalkan gaya hidup sihat, cergas dan cerdas.
Setelah itu diadakan pula majlis jamuan ringkas sempena sambutan hari lahir anggota POG. Diharap semua dapat mengawal jumlah kalori makanan yang diambil... jangan sampai FitDOSM bertukar menjadi FatDOSM.
Selesai majlis, anggota POG bergotong-royong pula menyisih kertas-kertas terpakai untuk dibuat pelupusan.