Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh dan Salam Sejahtera.
22 Februari 2020 (Sabtu) - Hari ini beberapa orang warga POG menyertai program hiking di Bukit Dua Ringgit, Bukit Sentosa, Rawang.
Aktiviti mendaki bukit setinggi 250 meter dari paras laut ini merupakan salah satu aktiviti fizikal yang dirancang khususnya untuk para peserta program The Biggest Loser (TBL) DOSM Selangor 2020.
Terima kasih kepada semua yang bersemangat menyertai dan tahniah kerana semuanya berjaya menakluki puncak bukit tersebut. Jumpa lagi dalam program akan datang.
Sepatah Dua Kata
Blog Kelab Pejabat Operasi Gombak (K-POG) ini diwujudkan sebagai wadah perkongsian maklumat khususnya sesama ahli kelab dan juga sesama rakan-rakan lain di DOSM umumnya. Blog ini akan melaporkan segala perkembangan aktiviti kelab dan juga segala peristiwa yang berlaku di POG. _______________________________________________________________________________