Sepatah Dua Kata

Blog Kelab Pejabat Operasi Gombak (K-POG) ini diwujudkan sebagai wadah perkongsian maklumat khususnya sesama ahli kelab dan juga sesama rakan-rakan lain di DOSM umumnya. Blog ini akan melaporkan segala perkembangan aktiviti kelab dan juga segala peristiwa yang berlaku di POG. _______________________________________________________________________________

23 Dec 2021

DOSM Selangor Stats Relief

Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh dan Salam Sejahtera.

Bencana banjir luar biasa yang melanda negara khususnya di Selangor pada 18-19 Disember 2021 turut mengakibatkan kediaman beberapa anggota DOSM Selangor ditenggelami banjir, terutamanya di sekitar Shah Alam, Puchong, Kelang, Sepang dan Hulu Langat. 

Bagi meringankan beban anggota yang terkesan akibat banjir, DOSM Selangor Stats Relief digerakkan untuk membantu membersihkan dan mengemas kediaman anggota.

Pada 23 Disember 2021 (Khamis), beberapa anggota Pejabat Operasi Gombak berkesempatan turun padang membantu Encik Kaza bin Abidin, anggota tetap Pejabat Operasi Kajang membersihkan dan mengemas kediaman beliau di Jalan Sungai Lui, Hulu Langat yang turut terkesan.






Terserempak pula dengan pelakon & pelawak Saudara Ebby Yus yang sedang meninjau bekas tapak rumah beliau yang baru saja siap namun musnah dihanyutkan arus.




masih mampu tersenyum... dalam hati siapa yang tahu...


Aktiviti prihatin turun padang ini akan diteruskan sehingga semua warga DOSM Selangor berada dalam keadaan selesa. Semoga Allah mempermudahkan segala urusan semua anggota yang terlibat dengan banjir ini dan semoga Allah gantikan dengan yang lebih baik.


Baca selanjutnya...

9 Dec 2021

Mesyuarat Agung Tahunan Kali Ke-21 KSKS

Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh dan Salam Sejahtera.

9 Disember 2021 (Khamis), SHAH ALAM : Mesyuarat Agung Tahunan Kali ke-21 Kelab Sukan Kebajikan Sosial (KSKS) Jabatan Perangkaan Malaysia Negeri Selangor (DOSM Selangor) telah diadakan bertempat di Dewan Jubli Perak, Bangunan Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Shah Alam, Selangor dengan pematuhan kepada Prosedur Operasi Standard (SOP) Majlis Keselamatan Negara (MKN) berkaitan yang sedang berkuatkuasa.



Agenda mesyuarat adalah seperti berikut :

1)   Ucapan Pengerusi KSKS Sesi 2019/2020;

2)   Pembentangan dan meluluskan Laporan Tahunan & Laporan Kewangan Tahun Berakhir

      28 Februari 2021 KSKS Tahun 2019/2020;

3)   Pembubaran Ahli Jawatankuasa (AJK) KSKS Sesi 2019/2020;

4)   Pemilihan AJK KSKS Sesi 2021/2022



Sekalung penghargaan dan jutaan terima kasih diucapkan kepada AJK KSKS Sesi 2019/2020 yang telah mencurah khidmat bakti berkorban masa dan tenaga demi melaksanakan agenda KSKS DOSM Selangor. Jasamu dikenang!





antara pemenang hadiah cabutan bertuah dari POG

Seramai 14 pegawai dan anggota tetap DOSM Selangor telah diundi oleh majoriti ahli KSKS sebagai AJK KSKS Sesi 2021/2022. 


Pengerusi - En. Mohd Shahrizal bin Alias

Naib Pengerusi - En. Mohammad Zamil bin Mansor

Bendahari - Pn. Munerah bt Mohamad Zaman

Setiausaha - En. Muhammed Hafizi bin Muhammed Awam

Penolong Setiausaha - Pn. Nurul Natasha bt Zaki Nazir


Wakil Seksyen & P.O :

Seksyen Rangka & Pemetaan - Mohd Azreel bin Ayub

Seksyen Isi Rumah - En. Mohd Haniff bin Jambari

Seksyen Harga-Harga - Pn. Siti Parikhah bt Badaruddin

Seksyen Industri - En. Mohammad Faizal Hasbi

Seksyen Perkhidmatan - En. Mohd Reza Adha

Seksyen Pentadbiran - En. Magendran a/l Peresami

Seksyen Prosesan - Pn. Rahayu bt Sidek@Maarof

P.O Kajang - En. Mohd Syafiq bin Rosali

P.O Gombak - En. Mohd Rashid bin Ahmad


jawatankuasa baru

wakil POG


Tahniah di atas pemilihan dan selamat menjalankan tugas dengan penuh dedikasi sebagai Ahli Jawatankuasa Kelab Sukan Kebajikan Sosial DOSM Selangor  (KSKS).


Baca selanjutnya...

Program HSN Virtual Aktiviti DOSM Selangor 2021

Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh dan Salam Sejahtera.

Sempena Hari Statistik Negara (HSN) pada 20 Oktober 2021 dan Inisiatif Fit DOSM, DOSM Selangor menganjurkan Program HSN Virtual Aktiviti DOSM Selangor 2021 bermula pada 15 September 2021 hingga 20 Oktober 2021. 


Jarak aktiviti yang telah dikumpul melalui pelaksanaan aktiviti sukan secara individu oleh pegawai dan anggota DOSM Selangor adalah berjumlah 3200 km. 92 orang peserta berdaftar dan dipecahkan kepada 2 kategori iaitu ;

~ Kategori 1 : aktiviti berjalan, berlari, mendaki dan bersenam.
~ Kategori 2 : aktiviti berbasikal.




En. Frankie mewakili En. Taufiq

Pn. Iffa... antara anggota POG paling aktif

Tahniah kepada para pemenang dan semua peserta HSN Virtual Aktiviti DOSM Selangor 2021., khususnya wakil dari POG iaitu En. Taufik, Pn. Nik Zafifah dan En. Bazri Semoga sentiasa kekal sihat dan aktif seterusnya menjadi contoh kepada rakan-rakan lain!

Baca selanjutnya...

29 Nov 2021

Selamat Datang Puan Fatiha

Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh dan Salam Sejahtera.


Pada 29 November 2021 (Isnin), seluruh warga POG mengalu-alukan kehadiran anggota baru, Pn. Nurul Fatiha Binti Rusli, Pembantu Perangkaan E19 yang telah melapor diri untuk memulakan tugas di Pejabat Operasi Gombak.


Berasal dari Tanah Merah, Kelantan, beliau merupakan salah seorang dari kelompok pengambilan anggota baru bagi mengisi kekosongan jawatan di DOSM seluruh negara. Beliau ditugaskan di Unit Isi Rumah bagi mengisi 1 kekosongan sebelum ini. 



Selamat datang ke dalam keluarga POG, semoga beliau cepat menyesuaikan diri seterusnya memberikan komitmen yang tinggi sepanjang bertugas di sini.
Baca selanjutnya...

24 Nov 2021

Salam Takziah, En. Azizol

Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh dan Salam Sejahtera.

Dukacita dimaklumkan bahawa isteri kepada anggota POG iaitu En. Azizol bin Harun telah mengalami keguguran anak dalam kandungan beliau berusia 4 bulan pada 24 November 2021. 

Isteri beliau iaitu Mazlina binti Mamat juga merupakan bekas anggota PSH di POG. Jenazah selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Bandar Country Homes, Rawang.

Seluruh warga POG mengucapkan salam takziah kepada beliau dan isteri. Semoga mereka bersabar dan tabah menghadapi ujian ini. Dari-Nya kita datang, kepada-Nyalah kita akan kembali. Al-Fatihah.
Baca selanjutnya...

23 Nov 2021

Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) 2020

Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh dan Salam Sejahtera.

23 November 2021 (Selasa), SHAH ALAM : Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) 2020 & Jasamu Dikenang 2021 Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM) Zon Tengah telah diadakan bertempat di Shah Alam Convention Centre, Seksyen 14, Shah Alam, Selangor dengan pematuhan kepada Prosedur Operasi Standard (SOP) Majlis Keselamatan Negara (MKN) berkaitan yang sedang berkuatkuasa.


Majlis dirasmikan oleh YBhg. Dato' Sri Dr. Mohd Uzir Mahidin, Ketua Perangkawan Malaysia. Turut hadir ialah Encik Muhammad Amri bin Idris, Pengarah DOSM Selangor dan Puan Norfariza Hanim binti Kasim, Pengarah DOSM Wilayah Persekutuan.


Tetamu Kehormat


Selain itu, majlis dihadiri oleh pegawai dan anggota DOSM Selangor dan DOSM Wilayah Persekutuan, pesara-pesara DOSM Selangor & DOSM Wilayah Persekutuan 2021, serta wakil Kelab Alumni Jabatan Perangkaan Malaysia (KLASIK) DOSM.


Pada majlis ini, seramai 15 orang pegawai & anggota tetap menerima APC 2020 DOSM Selangor manakala seramai 13 orang pegawai & anggota tetap menerima APC 2020 DOSM Wilayah Persekutuan. Seramai 8 orang lantikan Personel MyStep (PMS) DOSM Selangor menerima APC 2020, manakala seramai 2 orang PMS DOSM Wilayah Persekutuan menerima APC 2020.


Turut diraikan pada majlis ini ialah 4 orang pesara DOSM Selangor 2021 dan 4 orang pesara DOSM Wilayah Persekutuan 2021. Sekalung penghargaan dan jutaan terima kasih diucapkan kepada para pesara DOSM yang telah mencurah khidmat bakti berkorban masa dan tenaga demi melaksanakan visi dan misi DOSM. Selamat maju jaya dan semoga berjumpa lagi di lain masa dan ketika.


Di kesempatan ini seluruh warga P.O Gombak mengucapkan setinggi-tinggi tahniah dan syabas kepada kesemua 15 orang penerima  Anugerah Perkhidmatan Cemerlang 2020 bagi DOSM Selangor, khususnya kepada tiga anggota P.O Gombak yang terpilih menerima anugerah tersebut iaitu En. Frankie anak Albert Antau, Cik Siti Norasyikin bt Mohd Ghani, Puan Emily Singa dan wakil PMS iaitu En. Mohd Fauzan bin Muhammade Rapitar.


En. Frankie

Cik Syikin

En. Fauzan (PMS)


Tak lupa juga diucapkan selamat menempuhi alam persaraan kepada En. Nadarajah a/l P.Pavadi yang telah bersara pada 19 Julai 2021.


selamat bersara EN. Nada


Semoga kecemerlangan prestasi mereka terus dikekalkan dan menjadi contoh teladan kepada warga POG yang lain seterusnya menjadi pemangkin ke arah kecemerlangan jabatan.


Baca selanjutnya...

31 Oct 2021

Banci Malaysia 2020 Ditutup Secara Rasmi

Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh dan Salam Sejahtera.

31 Oktober 2021 (Ahad) - Banci Malaysia 2020 akhirnya ditutup secara rasminya hari ini selepas 482 hari dilaksanakan.

Dianggarkan seramai 32.3 juta penduduk Malaysia atau 99.3 peratus daripada anggaran penduduk 32.6 juta telah dibanci.

Menurut Pesuruhjaya Banci 2020, Dato’ Sri Dr. Mohd Uzir Mahidin yang juga merupakan Ketua Perangkawan Malaysia, data awalan Banci Malaysia 2020 akan dikeluarkan pada Januari 2022.


gambar ihsan BERNAMA

Setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih  kepada semua Pegawai Banci (MyAD, MyCD, Penyelia dan Pembanci) atas komitmen dan kebersamaan dalam  menjayakan Banci Malaysia 2020 dan dalam masa yang sama tekun melaksanakan survei-survei rutin DOSM.

Seiring dengan perkembangan semasa dan pandemik Covid-19 yang melanda dunia, kerja-kerja pungutan data Banci di lapangan semakin mencabar yang memerlukan ketabahan, kesabaran dan komitmen yang tinggi. 

Setelah lebih setahun bertungkus-lumus, bermandi keringat di lapangan dan bersengkang mata mengemaskini dan mengesahkan data Banci, sama-sama kita imbas kembali cabaran, pengalaman baru dan kenangan warga POG khususnya sepanjang melaksanakan dan menjayakan Banci Malaysia 2020 dan dalam masa yang sama perlu menyelesaikan survei-survei rutin DOSM  ketika musim pandemik ini...

menghadiri sesi taklimat




semua MYCD perlu pula memberi taklimat kepada para Penyelia & Pembanci 
mengikut CD masing-masing.... (gambar sekadar yang ada)




mengendalikan klinik e-Census untuk membantu penduduk melengkapkan Banci secara dalam talian














dan kita raikan penutupan Banci ini dengan acara... makan besar!!!


Syukur Alhamdulillah
Jumpa lagi Banci 2030


Baca selanjutnya...
 
PENAFIAN: Kelab P.O Gombak (K-POG) tidak akan bertanggungjawab bagi apa-apa kehilangan, kerosakan atau kerugian yang disebabkan oleh penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi dari laman blog ini.