Sepatah Dua Kata

Blog Kelab Pejabat Operasi Gombak (K-POG) ini diwujudkan sebagai wadah perkongsian maklumat khususnya sesama ahli kelab dan juga sesama rakan-rakan lain di DOSM umumnya. Blog ini akan melaporkan segala perkembangan aktiviti kelab dan juga segala peristiwa yang berlaku di POG. _______________________________________________________________________________

23 Dec 2021

DOSM Selangor Stats Relief

Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh dan Salam Sejahtera.

Bencana banjir luar biasa yang melanda negara khususnya di Selangor pada 18-19 Disember 2021 turut mengakibatkan kediaman beberapa anggota DOSM Selangor ditenggelami banjir, terutamanya di sekitar Shah Alam, Puchong, Kelang, Sepang dan Hulu Langat. 

Bagi meringankan beban anggota yang terkesan akibat banjir, DOSM Selangor Stats Relief digerakkan untuk membantu membersihkan dan mengemas kediaman anggota.

Pada 23 Disember 2021 (Khamis), beberapa anggota Pejabat Operasi Gombak berkesempatan turun padang membantu Encik Kaza bin Abidin, anggota tetap Pejabat Operasi Kajang membersihkan dan mengemas kediaman beliau di Jalan Sungai Lui, Hulu Langat yang turut terkesan.






Terserempak pula dengan pelakon & pelawak Saudara Ebby Yus yang sedang meninjau bekas tapak rumah beliau yang baru saja siap namun musnah dihanyutkan arus.




masih mampu tersenyum... dalam hati siapa yang tahu...


Aktiviti prihatin turun padang ini akan diteruskan sehingga semua warga DOSM Selangor berada dalam keadaan selesa. Semoga Allah mempermudahkan segala urusan semua anggota yang terlibat dengan banjir ini dan semoga Allah gantikan dengan yang lebih baik.


 
PENAFIAN: Kelab P.O Gombak (K-POG) tidak akan bertanggungjawab bagi apa-apa kehilangan, kerosakan atau kerugian yang disebabkan oleh penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi dari laman blog ini.