Sepatah Dua Kata

Blog Kelab Pejabat Operasi Gombak (K-POG) ini diwujudkan sebagai wadah perkongsian maklumat khususnya sesama ahli kelab dan juga sesama rakan-rakan lain di DOSM umumnya. Blog ini akan melaporkan segala perkembangan aktiviti kelab dan juga segala peristiwa yang berlaku di POG. _______________________________________________________________________________

29 Oct 2021

Selamat Bersara En. Nada

Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh dan Salam Sejahtera.

29 Oktober 2021 (Jumaat)Lumrah kehidupan, setiap pertemuan pasti ada perpisahan. Pada hari ini Pejabat Operasi Gombak (POG) telah mengadakan majlis persaraan untuk menzahirkan penghargaan kepada En. Nadarajah a/l P.Pavadi yang telah menamatkan perkhidmatan atas sebab bersara wajib pada usia 60 tahun.

Sesungguhnya seluruh warga POG amat merasai kehilangan seorang kakitangan yang sangat berdedikasi lagi berpengalaman luas seperti beliau. 

antara kenangan di POG


Ketua POG, En. Frankie anak Albert Antau dalam ucapan beliau, mengucapkan terima kasih kepada En. Nada di atas segala jasa bakti yang telah disumbangkan selama ini.

Majlis diteruskan dengan ucapan ringkas oleh pegawai yang diraikan. Beliau mengucapkan terima kasih atas segala kerjasama dan tunjuk ajar para pegawai dan rakan-rakan setugas sepanjang 39 tahun berkhidmat di Jabatan Perangkaan Malaysia.

ucapan perpisahan

sumbangan cenderahati kenangan kepada beliau

sewaktu menerima anugerah Jasamu Dikenang dalam Majlis APC yang lalu

Kuning emas masaknya padi
Mawar merah dalam jambangan
Terima kasih daun keladi
Budi tuan jadi kenangan

Pulau Pandan jauh ke tengah
Gunung Daik bercabang tiga
Hancur badan dikandung tanah
Budi yang baik dikenang juga

Seluruh warga POG dengan tulus ikhlas mengucapkan semoga En. Nada sentiasa sihat dan berbahagia menikmati alam persaraan serta semoga beroleh kesejahteraan dalam kehidupan beliau bersama keluarga.
 
PENAFIAN: Kelab P.O Gombak (K-POG) tidak akan bertanggungjawab bagi apa-apa kehilangan, kerosakan atau kerugian yang disebabkan oleh penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi dari laman blog ini.