Sepatah Dua Kata

Blog Kelab Pejabat Operasi Gombak (K-POG) ini diwujudkan sebagai wadah perkongsian maklumat khususnya sesama ahli kelab dan juga sesama rakan-rakan lain di DOSM umumnya. Blog ini akan melaporkan segala perkembangan aktiviti kelab dan juga segala peristiwa yang berlaku di POG. _______________________________________________________________________________

4 Jan 2022

Survei Penilaian Impak Bencana Banjir Terhadap Tempat Kediaman & Premis Perniagaan

Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh dan Salam Sejahtera.


Banjir yang melanda negara sejak 18 Disember 2021 yang lalu telah mengakibatkan banyak kerosakan dan kerugian kepada mereka yang terlibat dengan bencana alam ini.


Justeru, Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM) mengambil inisiatif untuk menjalankan Survei Penilaian Impak Bencana Banjir bagi kawasan yang terjejas akibat banjir bermula 30 Disember 2021 sehingga 12 Januari 2022.


Survei ini dijalankan bagi menilai impak bencana banjir dari segi nilai kos kerosakan dan kerugian serta kategori kerosakan di tempat kediaman dan di premis perniagaan atau bukan tempat kediaman.


Warga POG turut terlibat dalam melaksanakan survei ini iaitu di :


Taman Sri Nanding, Hulu Langat pada 30 Disember 2021 








Taman Sri Muda, Shah Alam pada 4 Januari 2022






Kami warga POG amat bersimpati dan terus mendoakan anda yang terlibat dalam bencana banjir ini supaya dipermudahkan urusan dan tabah menghadapi ujian.


 
PENAFIAN: Kelab P.O Gombak (K-POG) tidak akan bertanggungjawab bagi apa-apa kehilangan, kerosakan atau kerugian yang disebabkan oleh penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi dari laman blog ini.