Bila tiba bulan Ramadan, pasti ada bazar Ramadan. Sempena bulan Ramadan mulai 3 April sehingga 2 Mei 2022, anggota Pejabat Operasi Gombak, DOSM Selangor telah membuat lawatan ke gerai-gerai terpilih untuk melaksanakan Survei Bazar Ramadan di bazar-bazar Ramadan terpilih di sekitar kawasan Majlis Perbandaran Selayang (MPS), Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPSJ) dan Majlis Daerah Hulu Selangor (MDHS).
Tujuan utama survei ini dijalankan adalah untuk mengumpul maklumat berkaitan nilai jualan semua bazar Ramadan yang beroperasi di seluruh Malaysia.