Sepatah Dua Kata

Blog Kelab Pejabat Operasi Gombak (K-POG) ini diwujudkan sebagai wadah perkongsian maklumat khususnya sesama ahli kelab dan juga sesama rakan-rakan lain di DOSM umumnya. Blog ini akan melaporkan segala perkembangan aktiviti kelab dan juga segala peristiwa yang berlaku di POG. _______________________________________________________________________________

18 May 2022

Majlis Sambutan Aidilfitri POG 2022

Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh dan Salam Sejahtera.

18 Mei 2022 bersamaan 17 Syawal 1443H (Rabu) - Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri, Pejabat Operasi Gombak telah diadakan bertempat di Bilik Latihan Seri Selayang, Aras 2, Pejabat Operasi Gombak.

Majlis turut diserikan dengan kehadiran Puan Pengarah DOSM Selangor, Timbalan Pengarah, Ketua Penolong Pengarah, Ketua Pejabat Operasi Kajang (POK) dan Ketua-Ketua Unit.

Saksikan gambar-gambar keceriaan dan kemeriahan majlis tersebut:

Ucapan Ketua POG

Ucapan Puan Pengarah

Pengacara & Pembaca Doa

selamat menjamu selera











Setinggi penghargaan dan terima kasih kepada semua anggota POG dan para tetamu yang menjayakan dan memeriahkan majlis ini. Semoga semangat kerjasama dan ukhuwah antara sesama anggota DOSM Selangor khususnya di POG bertambah erat.

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI, MAAF ZAHIR DAN BATIN DARI WARGA POG.

 
PENAFIAN: Kelab P.O Gombak (K-POG) tidak akan bertanggungjawab bagi apa-apa kehilangan, kerosakan atau kerugian yang disebabkan oleh penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi dari laman blog ini.