Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM) telah menganjurkan Karnival Statistik 2022 di Institut Latihan Statistik Malaysia (ILSM) Sungkai Perak pada 20-22 Oktober 2022 (Khamis-Sabtu). Karnival ini dianjurkan sempena sambutan Hari Statistik Negara (HSN) 2022 dan Sedekad Institut Latihan Statistik Malaysia (ILSM).
Terdapat pelbagai aktiviti, program dan pertandingan yang dijalankan sepanjang Sambutan HSN 2022 ini. Antaranya adalah Forum Perdana Ehwal Islam, Karnival Statistik (Pameran dan Jualan oleh Agensi Kerajaan & Swasta), Karnival Kerjaya (Temuduga Terbuka), Program Derma Darah & Pemeriksaan Kesihatan, Demonstrasi oleh Abang Bomba, Kaunter Bayaran & Semakan Saman JPJ dan PDRM (termasuk diskaun), Kaunter Bayaran Cukai Tanah dan banyak lagi.
Beberapa orang anggota POG turut berkesempatan hadir memeriahkan karnival tersebut (namun tak sempat diambil gambarnya).