Sektor pertanian adalah penting bagi mewujudkan keberdikarian bekalan makanan negara. Maksud kepada keberdikarian bekalan makanan adalah negara menghasilkan dan membekalkan bekalan makanan tempatan secara domestik dan tidak bergantung kepada industri import.
Sekiranya kita berjaya membentuk bekalan makanan atau sumber pertanian yang cukup untuk permintaan domestik, kita pasti dapat mengeluarkan hasil untuk pasaran antarabangsa. Dengan meningkatkan sektor pertanian, negara dapat meningkatkan pendapatan eksport serta menyumbang kepada pendapatan negara.
Apabila sektor pertanian diperluaskan dan menjadi agenda utama kerajaan, ia dapat mewujudkan peluang pekerjaan kepada masyarakat tempatan terutamanya golongan luar bandar.
Bagi mendapatkan maklumat terkini berkenaan situasi sektor pertanian di negara kita, BANCI PERTANIAN AKAN DILAKSANAKAN PADA TAHUN 2024.
Justeru, sebagai persediaan untuk banci ini, baru-baru ini kajian Pilot Banci Pertanian telah dilaksanakan di semua daerah di Selangor yang meliputi kedua-dua kumpulan sasaran iaitu isi rumah dan pertubuhan. Kajian pilot ini adalah hasil usahasama antara DOSM Ibupejabat iaitu Bahagian Perangkaan Pertanian dan Asas Tani (BPPAS) dan DOSM Selangor.
Salah satu tujuan kajian pilot ini adalah untuk membuat pengujian soal selidik bagi memastikan kelancaran pelaksanaan banci pertanian pada tahun hadapan.
Terima kasih yang tidak terhingga kepada semua responden yang terlibat atas kerjasama baik yang diberikan 👍👍👍.
Sumber : Facebook DOSM Selangor
Daerah Gombak
Daerah Hulu Selangor