Sepatah Dua Kata

Blog Kelab Pejabat Operasi Gombak (K-POG) ini diwujudkan sebagai wadah perkongsian maklumat khususnya sesama ahli kelab dan juga sesama rakan-rakan lain di DOSM umumnya. Blog ini akan melaporkan segala perkembangan aktiviti kelab dan juga segala peristiwa yang berlaku di POG. _______________________________________________________________________________

26 May 2023

Majlis Sambutan Aidilfitri POG 2023

Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh dan Salam Sejahtera.

26 Mei 2022 (Jumaat) - Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri, Pejabat Operasi Gombak telah diadakan bertempat di Bilik Latihan Seri Selayang, Aras 2, Pejabat Operasi Gombak.

Majlis turut diserikan dengan kehadiran Puan Pengarah DOSM Selangor, Ketua Pejabat Operasi Kajang (POK) dan Ketua-Ketua Unit.

Ucapan Puan Pengarah & Ketua POG

Pengacara Majlis & Pembaca Doa

Pemenang POG's 100 Days Biggest Loser Challenge 
kategori Lelaki & Wanita


Sumbangan Kelahiran cahaya mata (En. Rashid) & Perpisahan Pn. Fatiha yang akan
bertukar ke DOSM Shah Alam mulai 1 Jun 2023




Setinggi penghargaan dan terima kasih kepada semua anggota POG dan para tetamu yang menjayakan dan memeriahkan majlis ini. Semoga semangat kerjasama dan ukhuwah antara sesama anggota DOSM Selangor khususnya di POG bertambah erat.

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI, MAAF ZAHIR DAN BATIN DARI WARGA POG.


 
PENAFIAN: Kelab P.O Gombak (K-POG) tidak akan bertanggungjawab bagi apa-apa kehilangan, kerosakan atau kerugian yang disebabkan oleh penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi dari laman blog ini.