Sepatah Dua Kata

Blog Kelab Pejabat Operasi Gombak (K-POG) ini diwujudkan sebagai wadah perkongsian maklumat khususnya sesama ahli kelab dan juga sesama rakan-rakan lain di DOSM umumnya. Blog ini akan melaporkan segala perkembangan aktiviti kelab dan juga segala peristiwa yang berlaku di POG. _______________________________________________________________________________

24 Oct 2024

Sesi Review pasca Banci Pertanian 2024 Peringkat Daerah Kuala Selangor & Hulu Selangor

Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh dan Salam Sejahtera.

24 Oktober 2024 - Sesi Review Pasca Banci Pertanian 2024 Peringkat Daerah Kuala Selangor dan Hulu Selangor telah diadakan di Hotel De Palma Resort, Kuala Selangor

Sesi ini merupakan sesi penting yang perlu dilaksanakan bersama agensi-agensi pertanian di setiap daerah. Ia bertujuan untuk menilai dapatan awal Banci Pertanian 2024, serta membuat perbandingan dengan data-data pentadbiran sedia ada yang dipegang oleh pelbagai agensi di peringkat daerah. Sesi ini bukan sahaja bertujuan untuk meninjau hasil awal banci, tetapi juga menyediakan platform untuk perbincangan mengenai input dan penambahbaikan data yang diperlukan. Perbincangan ini akan membantu pihak DOSM dalam menghasilkan laporan Banci Pertanian yang lebih komprehensif dan tepat.






Sesi ini turut dihadiri oleh Timbalan Pesuruhjaya Banci Pertanian 2024 bagi Negeri Selangor, Puan Hartini binti Yaacob, serta wakil dari Ibu Pejabat iaitu Puan Komathi Pindaya dan pengiringnya, Encik Ahmad Shahrul. Terima kasih diucapkan kepada semua agensi-agensi pertanian yang hadir dan memberi kerjasama yang baik dalam Sesi Review Pasca Banci Pertanian 2024 Daerah Kuala Selangor dan Hulu Selangor hari ini.

 
PENAFIAN: Kelab P.O Gombak (K-POG) tidak akan bertanggungjawab bagi apa-apa kehilangan, kerosakan atau kerugian yang disebabkan oleh penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi dari laman blog ini.