Sepatah Dua Kata

Blog Kelab Pejabat Operasi Gombak (K-POG) ini diwujudkan sebagai wadah perkongsian maklumat khususnya sesama ahli kelab dan juga sesama rakan-rakan lain di DOSM umumnya. Blog ini akan melaporkan segala perkembangan aktiviti kelab dan juga segala peristiwa yang berlaku di POG. _______________________________________________________________________________

6 Dec 2024

Kelahiran Cahaya Mata : Tahniah En. Aiman

Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh dan Salam Sejahtera.

Sukacita dimaklumkan bahawa isteri kepada En. Muhammad Aiman bin Mohd Arshad, Pembantu Perangkaan E1, telah selamat melahirkan cahaya mata perempuan pada jam 1.10 pm, 5 Disember 2024.

Bayi yang dilahirkan di Pusat Perubatan Universiti Malaya itu dinamakan Elvynna Azzahra Binti Muhammad Aiman.


Tahniah kepada En. Aiman dan isteri sempena kelahiran cahaya mata kedua mereka itu.

Kami warga POG mendoakan semoga kehidupan mereka sekeluarga dirahmati, diberkati, dimurahkan rezeki, dikurniakan kesihatan yang baik serta semoga puteri-puteri mereka bakal menjadi anak yang solehah... aamiinn. Insya Allah.
 
PENAFIAN: Kelab P.O Gombak (K-POG) tidak akan bertanggungjawab bagi apa-apa kehilangan, kerosakan atau kerugian yang disebabkan oleh penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi dari laman blog ini.