Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh dan Salam Sejahtera.
27 November 2013 (Rabu), 9.00 malam: Satu kejohanan futsal persahabatan telah diadakan antara P.O Gombak menentang P.O Kajang bertempat di gelanggang futsal KSL, Taman Seri Gombak, Batu Caves.
Perlawanan yang dijadikan acara tahunan ini bertujuan mengeratkan hubungan silaturahim antara kedua-dua P.O.
Pada perlawanan tersebut, pasukan POG dibarisi campuran pemain muda...
Sepatah Dua Kata
Blog Kelab Pejabat Operasi Gombak (K-POG) ini diwujudkan sebagai wadah perkongsian maklumat khususnya sesama ahli kelab dan juga sesama rakan-rakan lain di DOSM umumnya. Blog ini akan melaporkan segala perkembangan aktiviti kelab dan juga segala peristiwa yang berlaku di POG. _______________________________________________________________________________
28 Nov 2013
Majlis Perpisahan Puan Linda
Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh dan Salam Sejahtera.
Setiap pertemuan pasti ada perpisahan. Pada hari Rabu, 27 November 2013, Kelab POG telah menganjurkan majlis perpisahan untuk Puan Norazlinda bt Ramli, Penolong Pegawai Perangkaan E27 yang bertukar ke Bahagian Perangkaan Perdagangan Luar Negeri (BPPLN), Ibu Pejabat Putrajaya mulai 2 Disember 2013.
Majlis dimulakan dengan ucapan wakil anggota POG oleh En.Rahimi yang merakamkan...
26 Nov 2013
Selamat Datang Cik Siti Norasyikin
Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh dan Salam Sejahtera.
Pada 25 November 2013 (Isnin), Cik Siti Norasyikin bt Mohd Ghani, Penolong Pegawai Perangkaan E27 telah melapor diri di Pejabat Operasi Gombak. Beliau menggantikan Puan Norazlinda bt Ramli yang bertukar ke Bahagian Perangkaan Perdagangan Luar Negeri (BPPLN), Ibu Pejabat Putrajaya.
Berusia 26 tahun, beliau dilahirkan di Selangor tetapi dibesarkan di Kelantan. Sebelum ini beliau...
14 Nov 2013
Taklimat Pelaksanaan Amalan 5S
Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh dan Salam Sejahtera.
Selaras dengan usaha P.O Gombak untuk mendapatkan Pensijilan 5S menjelang Disember depan, Taklimat Pelaksanaan Amalan 5S telah diadakan pada 13 November 2013 (Rabu) bertempat di Bilik Taklimat Seri Selayang, P.O Gombak.
Taklimat selama 2 jam tersebut telah disampaikan oleh penceramah jemputan dari IKBN Dusun Tua, Hulu Langat, En. Wan Hussin b. Wan Ahmad.
Taklimat tersebut...
12 Nov 2013
Hari Sahabat Statistik bersama Komuniti Taman Widuri

Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh dan Salam Sejahtera.
Pada 10 November 2013 (Ahad), bermula 8.00 pagi hingga 1.00 tengah hari, Pejabat Operasi Gombak dengan kerjasama Komuniti Taman Widuri 2 telah mengadakan Program Hari Sahabat Statistik bersama masyarakat bertempat di Padang Taman Widuri 2, Bukit Sentosa, Rawang.
Program ini diadakan buat julung-julung kalinya di peringkat Jabatan Perangkaan...
2 Nov 2013
Mendaki Bukit Broga 2013
Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh dan Salam Sejahtera.
Pada 2 November 2013 (Sabtu), beberapa anggota P.O Gombak telah menyertai aktiviti mendaki Bukit Broga, Semenyih yang di anjurkan oleh P.O Kajang. Semua warga JP Selangor dijemput menyertainya.
Para pendaki dari JP Selangor (majoritinya anggota Tetap dan PSH dari P.O Kajang) mula berkumpul di kaki Bukit Broga pada jam 7.00 pagi. Turut hadir Timbalan Pengarah JP Selangor, Puan Norhashimah...
Subscribe to:
Posts (Atom)