Sepatah Dua Kata

Blog Kelab Pejabat Operasi Gombak (K-POG) ini diwujudkan sebagai wadah perkongsian maklumat khususnya sesama ahli kelab dan juga sesama rakan-rakan lain di DOSM umumnya. Blog ini akan melaporkan segala perkembangan aktiviti kelab dan juga segala peristiwa yang berlaku di POG. _______________________________________________________________________________

28 Nov 2013

Majlis Perpisahan Puan Linda

Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh dan Salam Sejahtera.

Setiap pertemuan pasti ada perpisahan. Pada hari Rabu, 27 November 2013, Kelab POG telah menganjurkan majlis perpisahan untuk Puan Norazlinda bt Ramli, Penolong Pegawai Perangkaan E27 yang bertukar ke Bahagian Perangkaan Perdagangan Luar Negeri (BPPLN), Ibu Pejabat Putrajaya mulai 2 Disember 2013.

Majlis dimulakan dengan ucapan wakil anggota POG oleh En.Rahimi yang merakamkan penghargaan atas kepimpinan dan khidmat cemerlang sepanjang Puan Linda berkhidmat di POG. 

Seterusnya Puan Linda dalam ucapannya mengucapkan terima kasih kepada semua anggota POG yang memberikan kerjasama dan komitmen sepanjang beliau berada di POG. Setelah hampir 2 tahun mencurah bakti di POG, pastinya banyak memori suka, duka, pahit dan manis yang akan dikenang hingga ke akhir hayat beliau. 


Untuk makluman, Ketua POG En. Frankie tidak dapat hadir ke majlis perpisahan ini kerana menghadiri Taklimat HIES di Kota Bharu. Dipaparkan mesej dari beliau untuk Puan Linda sempena majlis ini:


"Terima kasih kerana membantu dan menjadi tulang belakang POG selama ini. Usaha dan bantuan Puan Linda selama ini amat bermakna bagi semua dan saya sebagai Ketua POG. Harapan saya agar Puan Linda akan terus maju dalam kerjaya pada masa akan datang. Terima kasih atas segala memori dan kenangan yang telah ditinggalkan."



ucapan penghargaan oleh wakil anggota... En. Rahimi

ucapan pegawai yang diraikan

sebak

cenderahati dari pengganti kepada yang diganti

potong!


selamat menjamu selera

Seluruh warga POG dengan tulus ikhlas memohon maaf atas segala keterlanjuran serta merakamkan terima kasih tidak terhingga atas segala tunjuk ajar, teguran, dorongan dan nasihat yang telah beliau berikan dan mendoakan beliau akan terus maju jaya serta berjaya mengejar segala impian di masa akan datang.


Hati sayu merenung malam
Cengkerik dan unggas meneman diri
Bertemu berpisah lumrah alam
Pasti jadi suatu memori

Kalau ada sumur di ladang
Boleh kita menumpang mandi
Kalau ada umur yang panjang
Boleh kita berjumpa lagi






EMAIL SALAM PERPISAHAN
ﻪﺘﺎﻜﺮﺒﻮ ﷲﺍﺔﻤﺤﺭﻮﻡﻜﻴﻠﻋ ﻢﻼﺴﻠﺍ dan Selamat Sejahtera

Tuan/Puan warga P.O Gombak yang amat saya kasihi sekalian,

Hari ini merupakan hari terakhir saya berkhidmat di sini. Saya ingin memohon ampun dan maaf kepada tuan/puan sekiranya sepanjang saya berkhidmat di sini, terdapat salah dan silap yang mungkin menyinggung perasaan tuan/puan sama ada dengan sengaja atau pun tidak.

Walaupun hanya setahun 11 bulan saya di sini, tetapi terlalu banyak kenangan manis dan indah yang kita kongsikan bersama..kalian sudah saya anggap seperti saudara sendiri. Mungkin adakalanya, saya terpaksa bertegas demi menjaga nama baik POG sendiri. Adakalanya juga mungkin agak saya menjengkelkan di mata kalian..tapi saya hanya menjalankan tanggungjawab yang telah diamanahkan kepada saya. Semua itu saya lakukan demi menjaga nama dan reputasi PO Gombak itu sendiri.

Saya amat-amat berharap agar selepas pemergian saya ini, tuan/puan memberikan sepenuh sokongan kepada pengganti saya. Insyaallah segala kenangan dan memori indah kita bersama, tak mungkin dapat saya lupakan. Saya juga memohon ampun dan maaf sekiranya selama saya menjadi Timbalan kepada Ketua POG, kata-kata, perbuatan atau tingkah laku saya yang tidak menyenangkan hati tuan/puan. Saya juga mohon dihalalkan makan dan minum serta ilmu yang tuan/puan berikan kepada saya.

Terima kasih saya juga tak terhingga kepada Encik Frankie, yang selama ini memberi sepenuh kepercayaan serta sokongan yang tidak berbelah bahagi kepada saya dalam mengemudikan PO Gombak. Juga tak lupa kepada Encik Rahimi & Encik Arifin yang banyak membantu saya sepanjang di POG. Juga kepada kalian yang menjadi tonggak utama dalam setiap kejayaan POG itu sendiri. Tanpa usaha dan komitmen kalian, POG tak akan berada di tempatnya tersendiri.

Pemergian saya ini bukanlah pengakhiran kepada sebuah perjalanan. Perjalanan perlu diteruskan. Moga suatu hari nanti siapa tahu kita dapat bersama-sama sekali lagi mengemudi POG. Semoga silaturrahim antara kita akan terus kekal walau dimana jua kita berada. Mohon doakan kejayaan saya di dunia mahupun di akhirat kelak nanti.

 Salam kasih & sayang,
Norazlinda Ramli
 
PENAFIAN: Kelab P.O Gombak (K-POG) tidak akan bertanggungjawab bagi apa-apa kehilangan, kerosakan atau kerugian yang disebabkan oleh penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi dari laman blog ini.