Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh dan Salam Sejahtera.
Pada 2 November 2013 (Sabtu), beberapa anggota P.O Gombak telah menyertai aktiviti mendaki Bukit Broga, Semenyih yang di anjurkan oleh P.O Kajang. Semua warga JP Selangor dijemput menyertainya.
Para pendaki dari JP Selangor (majoritinya anggota Tetap dan PSH dari P.O Kajang) mula berkumpul di kaki Bukit Broga pada jam 7.00 pagi. Turut hadir Timbalan Pengarah JP Selangor, Puan Norhashimah Haron bersama keluarga. Pada jam 7.30 pagi, para pendaki memulakan pendakian ke puncak Bukit Broga, yang ketinggiannya 1312 kaki / 400 meter dari paras laut.
Alhamdulillah, keempat-empat pendaki POG yang bersemangat waja (Ali, Rohaizad, Afiq dan Rozan) berjaya sampai ke puncak Bukit Broga selepas kira-kira sejam pendakian, walaupun ada yang langsung tak pernah mendaki sebelum ini.
|
pertengahan pendakian |
|
ambil nafas |
|
dari kiri... Ajis, Ramlee & Sudin... hehe sebijik la... |
|
wajah kepuasan kerana berjaya sampai di puncak |
|
sebahagian pemandangan dari puncak |
|
generasi pelapis |
|
ada cabutan bertuah |
|
wakil POG yang bertuah... kami bangga denganmu (bolehlah kongsi hamper tu) |
|
bergambar ramai sebelum balik |
Tahniah dan terima kasih kepada anggota P.O Kajang yang merancang dan menjayakan program ini, serta tahniah kepada semua pendaki yang terlibat, sama ada yang berjaya sampai ke puncak mahupun tidak.