Sepatah Dua Kata

Blog Kelab Pejabat Operasi Gombak (K-POG) ini diwujudkan sebagai wadah perkongsian maklumat khususnya sesama ahli kelab dan juga sesama rakan-rakan lain di DOSM umumnya. Blog ini akan melaporkan segala perkembangan aktiviti kelab dan juga segala peristiwa yang berlaku di POG. _______________________________________________________________________________

19 Dec 2015

Pemilihan Jawatankuasa K-POG 2016-2017

Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh dan Salam Sejahtera. Pada 18 Disember 2015 (Khamis), pemilihan baru bagi jawatankuasa Kelab P.O.G bagi tahun 2016-2017 telah dijalankan. Berikut adalah keputusan pemilihan tersebut: Penasihat : En. Frankie anak Albert Antau Pengerusi : En. Rohaizad bin Mohamad  Hashim Setiausaha : En. Mohd Bazri bin Abu Bakar Bendahari : Pn. Nur Hidayu bt Md Shukor Ahli jawatankuasa kecil akan dilantik kemudian.  Terima kasih diucapkan kepada jawatankuasa lama yang memberi komitmen yang cukup padu dalam merancang dan menjayakan semua aktiviti...
Baca selanjutnya...

1 Dec 2015

Audit Promosi EKSA

Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh dan Salam Sejahtera. EKSA adalah singkatan kepada Ekosistem Kondusif Sektor Awam (EKSA) yang merupakan penjenamaan semula bagi Pelaksanaan Amalan 5S Sektor Awam (2010). EKSA bertujuan untuk mewujudkan persekitaran kerja yang kondusif, sistem kerja yang bersistematik dan mengutamakan keselamatan seterusnya meningkatkan budaya kecemerlangan organisasi yang lebih berimej korporat. Pada 18 November 2015,...
Baca selanjutnya...

18 Oct 2015

Larian Statistik (StatsRun) 2015

Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh dan Salam Sejahtera.  Jabatan Perangkaan Malaysia melalui Persatuan dan Kesatuan (PPJPM, PPPPJPM dan KEPSTAT) sekali lagi telah menganjurkan Program Larian Statistik (StatsRun) 2015. Penganjuran StatsRun 2015 adalah bersempena dengan Sambutan Hari Statistik Sedunia 2015 yang disambut seluruh dunia pada 20 Oktober 2015 dan YB Senator Menteri, Dato' Seri Abdul Wahid Omar  sekali lagi bersetuju untuk...
Baca selanjutnya...

9 Oct 2015

Minggu Pembudayaan Inovasi & Kreativiti (MPIK) dan Hari ICT 2015

Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh dan Salam Sejahtera. Jabatan Perangkaan Malaysia telah berjaya melaksanakan Minggu Pembudayaan Inovatif dan Kreatif (MPIK) dan Hari ICT bermula dari 5-8 Oktober 2015 bertempat di Dewan Sigma, ILSM, Sungkai, Perak. MPIK dan Hari ICT yang bertemakan "Inovasi Teras Transformasi Statistik" diadakan bertujuan untuk memberi pendedahan dan perkongsian maklumat kepada semua warga Jabatan berkaitan inovasi statistik. Di...
Baca selanjutnya...

1 Oct 2015

Salam Takziah, Afiq

Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh dan Salam Sejahtera. إِنَّا للهِ وَإِنَّـا إِلَيْهِ رَاجِعونَ‎ Dukacita dimaklumkan bahawa bapa kepada seorang anggota POG, Mohd Afiq Aizzuddin bin Wahab, telah kembali ke Rahmatullah pada petang 30 September 2015 (Rabu) bersamaan dengan 16 Zulhijjah 1436H. Marilah kita semua, warga POG menghadiahkan bacaan Al-Fatihah kepada Allahyarham. Semoga rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan di kalangan orang-orang...
Baca selanjutnya...

7 Sept 2015

Sukan Antara Zon 2015

Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh dan Salam Sejahtera.   Pada 3-6 September 2015, Sukan Antara Zon (SAZ) ke-11 Jabatan Perangkaan Malaysia yang dianjurkan oleh Zon Timur dengan kerjasama JP Pahang, telah diadakan di Kuantan, Pahang Darul Makmur. BACA: SUKAN ANTARA ZON KE-10, 2013 Para atlet disediakan tempat penginapan di Mahallah Maimunah, kampus Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) Cawangan Kuantan.  Venue...
Baca selanjutnya...

18 Aug 2015

Selamat Datang Nur Al-Kauthar

Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh dan Salam Sejahtera. Patah tumbuh hilang berganti. Setelah kehilangan Puan Yusnida bt Yusoff yang bertukar ke Shah Alam, Pejabat Operasi Gombak menerima kehadiran anggota baru. Pada 17 Ogos 2015 (Isnin), Puan Nur Al-Kauthar bt Burhan, Pembantu Perangkaan E17 telah melapor diri di Pejabat Operasi Gombak. Beliau yang menetap di Selayang sebelum ini bertugas di Bahagian Perangkaan Perdagangan Luar Negeri...
Baca selanjutnya...

15 Aug 2015

Majlis Perpisahan Puan Yusnida

Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh dan Salam Sejahtera. Setiap pertemuan pasti ada perpisahan. Pada hari Jumaat, 14 Ogos 2015, serentak dengan majlis jamuan Aidilfitri, Kelab POG telah juga menganjurkan majlis perpisahan untuk Puan Yusnida bt Yusoff, yang kembali bertukar suka sama suka 3 penjuru ke ibu pejabat Jabatan Perangkaan Malaysia Negeri Selangor, Shah Alam mulai 17 Ogos 2015... Majlis dimulakan dengan ucapan oleh Ketua POG,...
Baca selanjutnya...

Majlis Sambutan Aidilfitri POG 2015

Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh dan Salam Sejahtera. Majlis sambutan Aidilfitri di POG telah diadakan pada 14 Ogos 2015 bersamaan 29 Syawal 1436. Saksikan kemeriahan suasana hari raya di POG pada majlis tersebut. Salam Aidilfitri, Maaf Zahir Batin dari kami di POG....
Baca selanjutnya...
 
PENAFIAN: Kelab P.O Gombak (K-POG) tidak akan bertanggungjawab bagi apa-apa kehilangan, kerosakan atau kerugian yang disebabkan oleh penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi dari laman blog ini.