Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh dan Salam Sejahtera.
EKSA adalah singkatan kepada Ekosistem Kondusif Sektor Awam (EKSA) yang merupakan penjenamaan semula bagi
Pelaksanaan Amalan 5S Sektor Awam (2010). EKSA bertujuan untuk
mewujudkan persekitaran kerja yang kondusif, sistem kerja yang bersistematik dan mengutamakan keselamatan seterusnya meningkatkan budaya kecemerlangan organisasi yang lebih berimej
korporat.
Pada 18 November 2015, telah dijalankan Audit Promosi EKSA bagi menggalakkan amalan EKSA di JP Selangor. Keputusan audit tersebut telah diumumkan dalam satu majlis penganugerahan ringkas dan anugerah penghargaan tersebut disampaikan oleh Yang Berusaha Pengarah JP Selangor, Tuan Hj Ibrahim bin Jantan.
Setinggi tahniah buat semua warga Zon Santuari Kelah Sungai Chiling, P.O Gombak kerana berjaya memenangi 3 kategori iaitu Sudut EKSA Terbaik (tempat pertama), Pergerakan Pegawai Terbaik (tempat ketiga) dan Keseluruhan Terbaik (tempat ketiga).
|
sijil penghargaan |
|
penyampaian sijil oleh Tuan Pengarah |
|
gotong-royong |
|
|
|
|
|
|
menyiapkan sudut EKSA |
|
|
|
menyiapkan kotak barangan kitar semula |
|
kemasan terakhir |
|
sudut EKSA |
|
akuarium ikan melambangkan Zon Santuari Kelah Sg Chiling |
Semoga amalan EKSA ini dapat dikekalkan oleh seluruh warga POG bagi mewujudkan persekitaran kerja yang selamat, bersih, kemas, ceria, kondusif dan selesa setiap masa seterusnya membantu meningkatkan semangat kerja berpasukan, disiplin dan profesionalisme di kalangan warga kerja POG.