Pada 12 Mei 2016 (Khamis), Majlis Perasmian bangunan pejabat baru Pejabat Operasi Gombak 2 telah diadakan berserta dengan majlis Perjumpaan Bersama Pengarah Jabatan Perangkaan Malaysia Negeri Selangor. Penyewaan pejabat tambahan terpaksa dibuat bagi mengatasi masalah kesesakan di bangunan pejabat sedia ada. Bangunan pejabat baru ini bakal diduduki oleh Pekerja Sambilan Harian (PSH) bagi projek Banci Ekonomi 2016 dan Penyiasatan Pendapatan & Perbelanjaan Isirumah (HIES).
Aturcara pada hari tersebut:
1. Program ceramah Israk dan Mikraj oleh penceramah jemputan.
2. Bacaan Surah Yaasin.
3. Pengenalan Banci Ekonomi dan HIES oleh Ketua Pejabat Operasi Gombak, En. Frankie anak Albert Antau.
4. Ucapan Perasmian oleh Pengarah Jabatan Perangkaan Malaysia Negeri Selangor, Tuan Haji Ibrahim bin Jantan.
5. Sesi Dialog bersama anggota.
"Bekerjalah kamu untuk duniamu seolah-olah kamu akan hidup selamanya, dan bekerjalah kamu untuk akhiratmu seolah-olah kamu akan mati esok hari..."