3 Jun 2016 (Jumaat) - Jabatan Perangkaan Malaysia Negeri Selangor telah mengadakan Majlis Perjumpaan Pengarah bersama Warga JP Selangor & Sesi Penerangan Banci Ekonomi (BE) 2016 bertempat di Auditorium Pusat Latihan Pengajar & Kemahiran Lanjutan (CIAST), Seksyen 19 Shah Alam.
Aturcara majlis:
~ Ucapan Pengarah Jabatan Perangkaan Malaysia Negeri Selangor; Tuan Haji Ibrahim bin Jantan, diikuti sesi dialog bersama anggota JP Selangor.
~ Sesi Penerangan Banci Ekonomi (BE) 2016 oleh Timbalan Pengarah Jabatan Perangkaan Malaysia Negeri Selangor; Puan Hartini bt Yaacob.
~ Penyampaian Sijil Penghargaan kepada Kumpulan Inovatif & Kreatif JP Selangor iaitu Kumpulan KRINOV (yang turut dianggotai oleh En. Frankie anak Albert Antau dan En. Mohd Afiq Aizzuddin bin Wahab dari P.O Gombak)
Kumpulan KRINOV
~ Penyampaian Sijil Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) bagi tahun 2015 di mana seramai 16 orang anggota JP Selangor telah dipilih menerima anugerah tersebut termasuk 3 orang anggota dari P.O. Gombak.