Ketua Perangkawan Malaysia, YBhg. Datuk Dr. Haji Abdul Rahman bin Hasan, akan bersara wajib mulai 8 Februari 2017 setelah berkhidmat selama lebih 35 tahun.
Pada 7 Februari 2017 (Selasa), Jabatan Perangkaan Malaysia telah menganjurkan Majlis Sanjungan Budi Sulaman Kasih Ketua Perangkawan Malaysia bersempena dengan persaraan beliau.
Warga POG merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada YBhg. Datuk Dr. Haji Abdul Rahman bin Hasan yang turut pernah berkhidmat sebagai Pengarah di DOSM Selangor. Seluruh warga POG dengan tulus ikhlas mendoakan beliau sentiasa sihat dan berbahagia menikmati alam persaraan serta dilimpahkan kesejahteraan dan keberkatan dalam kehidupan beliau bersama keluarga.
Cenderahati disampaikan oleh Timbalan Ketua Perangkawan (Sosial & Demografi),
Dr. Mohd Uzir bin Mahidin
Bersama TKP dan Pengarah-Pengarah Kanan Bahagian
Bersama TKP dan Pengarah-Pengarah DOSM Negeri
* Semua gambar adalah ihsan dari laman web Jabatan
Berikut adalah warkah terakhir beliau menerusi email kepada seluruh warga Jabatan:
Assalamualaikum WBT/Salam Sejahtera
Alhamdullilah, masa dan saatnya telah tiba untuk kita berpisah. Telah hampir 36 tahun saya menumpang kasih di sini. Telah banyak pengalaman dikaut dan rezeki diratah. Hidup kita seperti aliran sungai yang terus menerus mengalir dari hulu ke kuala. Di sepanjang perjalanan terhimpit, terdampar, terkandas atau tertimbus namun air tetap mencari arah untuk mengalir ke kuala. Begitu juga diri ini, sepanjang pertemuan kita ada kedapatan kekhilafan, terusik hati, terjalar rasa, terguris mata dan terpulas telinga….saya dengan penuh keinsafan dan kekerdilan insan biasa mohon dimaafi. Saya halalkan nasihat dan ilmu yang dapat digunakan oleh anda semua. Mudahan dengan asbab itu Allah SWT memberikan keampunan kepada saya dan kita semua.
Saya terus berdoa moga hasrat dan cita-cita DOSM dapat direalisasikan. Berikan kerjasama anda kepada barisan kepimpinan baru sepertimana anda memberikan kerjasama kepada saya. Mudahan hidup kita terus diberkati. Saya amat bergembira jika anda ingin terus bersilaturahim dan berhubung dengan saya melalui email deramanperingat@gmail.com dan juga aplikasi WS 0196655487.
Sekian, hingga kita ditakdirkan ketemu lagi.
Salam hormat
Abdul Rahman Hasan