Sepatah Dua Kata

Blog Kelab Pejabat Operasi Gombak (K-POG) ini diwujudkan sebagai wadah perkongsian maklumat khususnya sesama ahli kelab dan juga sesama rakan-rakan lain di DOSM umumnya. Blog ini akan melaporkan segala perkembangan aktiviti kelab dan juga segala peristiwa yang berlaku di POG. _______________________________________________________________________________

1 Apr 2017

Lawatan Pengarah DOSM Selangor ke POG

Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh dan Salam Sejahtera.

31 Mac 2017 (Jumaat) - Pengarah DOSM Selangor yang baru, En. Muhammad Amri bin Idris telah sudi hadir ke POG dalam Sesi Meet & Greet Pengarah DOSM Selangor Bersama Anggota Pejabat Operasi Gombak.



Dalam ucapan beliau, antara lain melahirkan harapan agar seluruh warga POG terus memberi sumbangan dan komitmen yang tinggi dalam merealisasikan Pelan Transformasi Jabatan, selaras dengan komitmen Jabatan Perangkaan Malaysia untuk menjadi organisasi statistik yang terbilang di dunia menjelang tahun 2020.

Pelan transformasi ini memberi fokus kepada empat teras strategik; 

1. Penghasilan produk dan perkhidmatan statistik yang berintegriti dan reliable.
2. Pengurusan sumber dan infrastruktur yang efisien.
3. Mendaya upaya bakat.
4. Memperkasa peranan penjana statistik.

Terima kasih kepada En. Muhammad Amri yang telah sudi membuat lawatan ke POG. Semoga lawatan ini dapat mengeratkan muhibbah sesama kita serta meningkatkan semangat warga POG untuk bersama-sama merealisasikan Pelan Transformasi ini demi mencapai misi dan visi Jabatan.

 
PENAFIAN: Kelab P.O Gombak (K-POG) tidak akan bertanggungjawab bagi apa-apa kehilangan, kerosakan atau kerugian yang disebabkan oleh penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi dari laman blog ini.