29 Julai 2017 (Sabtu) - DOSM Wilayah Persekutuan (WP) dan DOSM Selangor di bawah kelolaan Kelab Sukan, Kebajikan & Sosial masing-masing telah menganjurkan secara bersama Kejohanan Mini Sukan Zon Tengah. Objektif utama kejohanan adalah bagi memilih pemain-pemain yang berpotensi untuk mewakili Zon Tengah dalam Sukan Statistik Kebangsaan (SSK) 2017 yang akan diadakan pada September nanti di samping menggalakkan gaya hidup sihat melalui bersukan.
Sebanyak 10 acara/kategori sukan telah dipertandingkan dalam kejohanan yang diadakan di Pusat Sukan Universiti Malaya tersebut iaitu; Bolasepak, Futsal Lelaki & Wanita, Bola Jaring, Bola Tampar Lelaki & Wanita, Sepaktakraw, Ping Pong, Badminton dan Tarik Tali.
Berikut adalah keputusan perlawanan:
Bolasepak
DOSM Selangor 2-4 DOSM WP
Futsal Lelaki
DOSM Selangor 3-3 DOSM WP
DOSM Selangor menang penalti 3-2
Futsal Wanita
DOSM Selangor 2-1 DOSM WP
Bola Jaring
DOSM Selangor 0-7 DOSM WP
Bola Tampar Lelaki
DOSM Selangor 2-0 DOSM WP
Bola Tampar Wanita
DOSM Selangor 2-0 DOSM WP
Sepaktakraw
DOSM Selangor 2-0 DOSM WP
Ping Pong
DOSM Selangor 3-2 DOSM WP
Badminton
DOSM Selangor 1-4 DOSM WP
Tarik Tali
DOSM Selangor 2-0 DOSM WP
sebahagian pemain & penyokong bersama Pengarah
bolasepak
futsal lelaki
futsal wanita
bola tampar wanita
tariiiikkkkkkk...tali
sepaktakraw
Secara keseluruhannya, DOSM Selangor telah memenangi 7 dari 10 acara yang dipertandingkan.
Tahniah dan syabas kepada semua pemain, penyelaras dan juga penyokong. Semoga para pemain yang terpilih mewakili Zon Tengah dalam Sukan Statistik Kebangsaan nanti akan membawa kejayaan kepada Zon Tengah.