Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh dan Salam Sejahtera.
Warga POG telah menganjurkan program Fit DOSM siri kedua demi menyahut seruan program Fit DOSM
oleh Jabatan
Perangkaan Malaysia (DOSM) yang bertujuan untuk memastikan anggota
Jabatan sentiasa mengamalkan gaya hidup sihat, cergas
dan cerdas.
Aktiviti kali ini adalah gabungan aktiviti senamrobik dan zumba yang dijalankan di Pejabat Operasi Gombak sahaja.
Semoga aktiviti ini dapat diadakan lebih kerap lagi agar warga POG terus
sihat, cergas dan cerdas seterusnya meningkatkan lagi semangat bekerja
dan produktiviti masing-masing.
Sepatah Dua Kata
Blog Kelab Pejabat Operasi Gombak (K-POG) ini diwujudkan sebagai wadah perkongsian maklumat khususnya sesama ahli kelab dan juga sesama rakan-rakan lain di DOSM umumnya. Blog ini akan melaporkan segala perkembangan aktiviti kelab dan juga segala peristiwa yang berlaku di POG. _______________________________________________________________________________