Sepatah Dua Kata

Blog Kelab Pejabat Operasi Gombak (K-POG) ini diwujudkan sebagai wadah perkongsian maklumat khususnya sesama ahli kelab dan juga sesama rakan-rakan lain di DOSM umumnya. Blog ini akan melaporkan segala perkembangan aktiviti kelab dan juga segala peristiwa yang berlaku di POG. _______________________________________________________________________________

11 Nov 2017

Fit DOSM POG 04/2017 - Senaman & Tanaman

Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh dan Salam Sejahtera.

10 November 2017 (Jumaat) - Warga POG telah menganjurkan program FitDOSM siri 04/2017 demi menyahut seruan program FitDOSM oleh Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM) yang bertujuan untuk memastikan anggota Jabatan  sentiasa mengamalkan gaya hidup sihat, cergas dan cerdas.

Aktiviti kali ini adalah gabungan aktiviti senamrobik dan disusuli aktiviti menanam pokok-pokok herba dan ulaman di perkarangan laluan koridor pejabat. Aktiviti ini bukan sahaja menyihatkan badan malah juga dapat menghijaukan persekitaran pejabat seterusnya menyejukkan mata dan melegakan tekanan.

 dimulakan dengan acara senamrobik

 disusuli aktiviti menanam pokok





Antara pokok-pokok herba yang ditanam dalam pasu seperti limau kasturi, 
limau purut, limau nipis, lemon, pokok kari, serai, pandan, kunyit, kesum dan sebagainya.


Semoga aktiviti ini dapat diadakan lebih kerap lagi agar warga POG terus sihat, cergas dan cerdas seterusnya meningkatkan lagi semangat bekerja dan produktiviti masing-masing. 


 
PENAFIAN: Kelab P.O Gombak (K-POG) tidak akan bertanggungjawab bagi apa-apa kehilangan, kerosakan atau kerugian yang disebabkan oleh penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi dari laman blog ini.