Sepatah Dua Kata

Blog Kelab Pejabat Operasi Gombak (K-POG) ini diwujudkan sebagai wadah perkongsian maklumat khususnya sesama ahli kelab dan juga sesama rakan-rakan lain di DOSM umumnya. Blog ini akan melaporkan segala perkembangan aktiviti kelab dan juga segala peristiwa yang berlaku di POG. _______________________________________________________________________________

21 Nov 2017

Hari Keluarga POG 2017 di Port Dickson

Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh dan Salam Sejahtera.

18-19 November 2017 (Sabtu - Ahad) - Kelab POG telah menganjurkan Hari Keluarga POG bertempat di Akar Beach Resort, Port Dickson. Majoriti anggota POG dapat menghadirkan diri bersama keluarga masing-masing.

Meriah dan seronok sungguh suasana sepanjang dua hari tersebut dengan aktiviti mandi manda di kolam dan pantai, acara sukaneka, bertukar-tukar hadiah, cabutan bertuah, sempat juga ber-Fit DOSM dengan mendaki Bukit Batu Putih di Tanjung Tuan, memancing di pantai dan menikmati hidangan makan malam ala steamboat & bbq di Restoran Embok Village.

 mendaki Bukit Batu Putih di Tanjung Tuan

 mandi kolam

 mandi laut 

 acara sukaneka untuk anak-anak

 acara sukaneka untuk dewasa

 antara keluarga yang sempat diambil gambar

para pemenang cabutan bertuah

dinner di Restoran Embok Village


Setinggi penghargaan kepada En. Frankie dan Cik Syikin di atas sokongan padu dalam menjayakan program ini, juga sekalung tahniah kepada barisan AJK serta semua anggota yang telah bertungkus-lumus membuat persiapan menjayakan hari keluarga ini. Diharapkan dengan penganjuran hari keluarga ini dapat mengeratkan lagi hubungan silaturrahim sesama anggota, dapat lebih mengenali ahli keluarga masing-masing, menenangkan fikiran serta dapat melegakan tekanan kerja di pejabat.

 
PENAFIAN: Kelab P.O Gombak (K-POG) tidak akan bertanggungjawab bagi apa-apa kehilangan, kerosakan atau kerugian yang disebabkan oleh penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi dari laman blog ini.