Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh dan Salam Sejahtera.
15 Disember 2017 (Jumaat) - Warga POG telah menganjurkan program Fit DOSM siri 05/2017 demi menyahut seruan program Fit DOSM oleh Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM) yang bertujuan untuk memastikan anggota Jabatan sentiasa mengamalkan gaya hidup sihat, cergas dan cerdas.
Aktiviti kali ini adalah gabungan aktiviti senamrobik dan disusuli sedikit aktiviti team building. Aktiviti ini bukan sahaja menyihatkan badan malah juga dapat meningkatkan semangat berpasukan dan melegakan tekanan.
Sepatah Dua Kata
Blog Kelab Pejabat Operasi Gombak (K-POG) ini diwujudkan sebagai wadah perkongsian maklumat khususnya sesama ahli kelab dan juga sesama rakan-rakan lain di DOSM umumnya. Blog ini akan melaporkan segala perkembangan aktiviti kelab dan juga segala peristiwa yang berlaku di POG. _______________________________________________________________________________