Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh dan Salam Sejahtera.
22 Disember 2017 (Jumaat) - Seluruh warga Pejabat Operasi Gombak mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada En. Mohamad Bazri bin Abu Bakar di atas Kenaikan Pangkat Secara Time Based Berasaskan Kecemerlangan sebagai Pemandu Kenderaan Gred R6 berkuatkuasa 16 Oktober 2016.
Watikah Kenaikan Pangkat disampaikan sendiri oleh YBhg. Dato' Sri Ketua Perangkawan Malaysia.
Semoga dengan kenaikan pangkat ini akan menjadi pencetus semangat kepada beliau untuk berkhidmat lebih cemerlang dalam melaksanakan tugas dan amanah yang dipertanggungjawabkan di masa akan datang.
Sepatah Dua Kata
Blog Kelab Pejabat Operasi Gombak (K-POG) ini diwujudkan sebagai wadah perkongsian maklumat khususnya sesama ahli kelab dan juga sesama rakan-rakan lain di DOSM umumnya. Blog ini akan melaporkan segala perkembangan aktiviti kelab dan juga segala peristiwa yang berlaku di POG. _______________________________________________________________________________