Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh dan Salam Sejahtera. Sukacita dimaklumkan bahawa isteri En. Mohd Shahrul bin Johari, Pembantu Am Pejabat N11, telah selamat melahirkan cahaya mata perempuan pada 15 Disember 2020.Bayi seberat 2.50kg tersebut telah selamat dilahirkan di Pusat Perubatan Universiti Malaya, Kuala Lumpur dan dinamakan Nur Dhuha bt Mohd Shahrul.Tahniah kepada En. Shahrul dan isteri beliau sempena...
Sepatah Dua Kata
Blog Kelab Pejabat Operasi Gombak (K-POG) ini diwujudkan sebagai wadah perkongsian maklumat khususnya sesama ahli kelab dan juga sesama rakan-rakan lain di DOSM umumnya. Blog ini akan melaporkan segala perkembangan aktiviti kelab dan juga segala peristiwa yang berlaku di POG. _______________________________________________________________________________
15 Dec 2020
30 Nov 2020
Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) 2019
Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh dan Salam Sejahtera. 30
November 2020 (Isnin) - Majlis Anugerah Perkhidmatan
Cemerlang 2019 DOSM Selangor telah berlangsung secara norma baharu mengikut SOP
yang ditetapkan MKN bertempat di Hab MyCensus 2020 Selangor, Plaza Masalam Shah
Alam.Penyampaian Sijil Anugerah telah disempurnakan oleh Pengarah DOSM Selangor, YBrs. Tuan Muhammad Amri bin Idris.Turut disampaikan adalah Anugerah Jasamu Dikenang...
2 Nov 2020
Kenaikan Pangkat: Tahniah Pn. Nik Zafifah, Pn. Husna, Pn. Hazwani & Pn. Nur Hidayu
Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh dan Salam Sejahtera. Seluruh warga P.O Gombak mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada beberapa orang anggota POG di atas kenaikan pangkat Pembantu Perangkaan E19 ke Gred E22 Secara Time-Based Berasaskan Kecemerlangan Kali Pertama (TBK1) berkuatkuasa 1 November 2020. Anggota-anggota tersebut adalah :1. Pn. Nik Zafifah bt Nik Ibrahim2. Pn. Husna bt Khiri 3....
20 Oct 2020
Kelahiran Cahaya Mata : Tahniah En. Rozan

Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh dan Salam Sejahtera. Sukacita dimaklumkan bahawa isteri En. Rozan bin Sulaiman, Pembantu Perangkaan E19, Pejabat Operasi Gombak telah selamat melahirkan cahaya mata perempuan pada jam 8.45 pm, 20 Oktober 2020.Bayi seberat 2.34 kg tersebut telah selamat dilahirkan di Hospital Selayang dan dinamakan Hana Safiya bt Rozan.Tahniah kepada En. Rozan dan isteri beliau sempena kelahiran cahaya mata sulung...
5 Sept 2020
Program Jelajah Banci Malaysia 2020
Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh dan Salam Sejahtera. 5 September 2020,
Taman Metropolitan Kepong - Program Jelajah Banci Malaysia 2020 telah diadakan
anjuran Pejabat Operasi Gombak, DOSM Selangor. Program yang dihadiri 15 orang anggota serta turut dihadiri oleh En. Muhammad Amri bin Idris,
Pengarah DOSM Selangor. Objektif utama adalah sebagai promosi untuk
menggalakkan orang ramai mengisi e-census sebelum 30 September 2020.maskot...
18 Aug 2020
Kenaikan Pangkat: Tahniah En. Azeman
Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh dan Salam Sejahtera.Seluruh warga P.O Gombak mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada En. Azeman bin Shaari atas kenaikan pangkat sebagai Pembantu Perangkaan Gred E22 berkuatkuasa 17 Ogos 2020. Beliau ditempatkan di Pejabat Operasi Gombak, mengisi kekosongan yang ditinggalkan oleh En. Arifin bin Amin yang telah bersara pilihan.Semoga dengan kenaikan pangkat ini akan menjadi pemangkin dalam...
7 Jul 2020
Banci Penduduk dan Perumahan Malaysia 2020 bermula...
Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh dan Salam Sejahtera. 7.7.2020 - Bermulalah Banci Penduduk dan Perumahan Malaysia 2020 yang akan dilaksanakan secara dua fasa iaitu Fasa 1 pada 7 Julai 2020 dan Fasa 2 pada 7 Oktober 2020.Dalam Fasa 1, semua orang dialu-alukan melaksanakan tanggungjawab sendiri dengan mengisi maklumat banci secara dalam talian melalui e-Census.Kerahsiaan maklumat yang diberikan adalah terjamin.Kita pakat ramai-ramai isi...
4 Jun 2020
33 hari lagi Menjelang Banci Penduduk dan Perumahan Malaysia 2020
Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh dan Salam Sejahtera. Countdown 33 hari lagi menjelang Banci Penduduk dan Perumahan Malaysia. Projek 10 tahun sekali ini merupakan aktiviti penting untuk mengira stok penduduk dan perumahan negara.Semua orang perlu dihitung untuk MyCensus 2020 tanpa mengira kaum, agama, umur dan latarbelakang. Banci tahun ini akan dimulakan dengan ecensus pada 7 Julai 2020 kelak.Pastikan anda juga dihitu...
23 Feb 2020
Hiking : Bukit Dua Ringgit, Bukit Sentosa, Rawang

Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh dan Salam Sejahtera.
22 Februari 2020 (Sabtu) - Hari ini beberapa orang warga POG menyertai program hiking di Bukit Dua Ringgit, Bukit Sentosa, Rawang.
Aktiviti mendaki bukit setinggi 250 meter dari paras laut ini merupakan salah satu aktiviti fizikal yang dirancang khususnya untuk para peserta program The Biggest Loser (TBL) DOSM Selangor 2020.
Terima...
21 Feb 2020
Salam Takziah : Wak Dir Dalam Kenangan

Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh dan Salam Sejahtera. إنا لله وإنا إليه راجعون اللهم اغفر له وارحمه وعافه واعف عنه Dukacita dimaklumkan bekas anggota POG yang telah bersara iaitu Encik Haidzir bin Kidam telah kembali ke Rahmatullah pada jam 5.43 pagi, hari Jumaat, 21.02.2020.Jenazah Allahyarham telah selamat dikebumikan selepas solat Jumaat di Tanah Perkuburan Islam Raudhatul Sakinah, Taman Batu Muda, Kuala Lumpur.Sama-samalah...
15 Feb 2020
The Biggest Loser (TBL) Musim Kedua Dosm Selangor 2020

Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh dan Salam Sejahtera.
Dalam kesibukan menjalankan kerja-kerja hakiki, kesihatan juga perlu dijaga. Sehubungan itu DOSM Selangor telah menganjurkan program The Biggest Loser (TBL) Musim Kedua 2020. Program ini berlangsung selama kira-kira 4 bulan bermula 15 Februari 2020 hingga 15 Jun 2020.
Syarat-syarat penyertaan adalah terbuka untuk peserta yang mempunyai Indeks Jisim Tubuh (BMI) 28 ke atas, bersemangat,...
31 Jan 2020
Kenaikan Pangkat : Tahniah Pn. Siti Fatimah
Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh dan Salam Sejahtera. Seluruh warga P.O Gombak mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada Puan Siti Fatimah bt Ahmad di atas kenaikan pangkat Pembantu Perangkaan E19 ke Gred E22 Secara Time-Based Berasaskan Kecemerlangan Kali Pertama (TBK1) berkuatkuasa Januari 2020. Semoga dengan kenaikan pangkat ini akan menjadi pemangkin dalam kemajuan kerjaya serta pencetus semangat...
18 Jan 2020
FitDOSM POG 1/2020

Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh dan Salam Sejahtera.
17/1/2020 (Jumaat) - Warga POG telah menganjurkan program senaman FitDOSM demi menyahut seruan program FitDOSM oleh Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM) yang bertujuan untuk memastikan anggota Jabatan sentiasa mengamalkan gaya hidup sihat, cergas dan cerdas.
Setelah itu diadakan pula majlis jamuan ringkas sempena sambutan hari lahir anggota POG. Diharap semua dapat mengawal...
14 Jan 2020
Kelahiran Cahaya Mata : Tahniah En. Rahim

Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh dan Salam Sejahtera.
Sukacita dimaklumkan bahawa isteri En. Abdul Rahim bin Shaharuddin, Pembantu Perangkaan E19, Pejabat Operasi Gombak telah selamat melahirkan cahaya mata perempuan pada jam 12.06 pm, 13 Januari 2020.
Bayi seberat 3.33 kg tersebut telah selamat dilahirkan di Hospital Kemaman, Terengganu dan dinamakan Aneesa Zahira binti Abdul Rahim.
Tahniah kepada En. Rahim dan...
Subscribe to:
Posts (Atom)