Sepatah Dua Kata

Blog Kelab Pejabat Operasi Gombak (K-POG) ini diwujudkan sebagai wadah perkongsian maklumat khususnya sesama ahli kelab dan juga sesama rakan-rakan lain di DOSM umumnya. Blog ini akan melaporkan segala perkembangan aktiviti kelab dan juga segala peristiwa yang berlaku di POG. _______________________________________________________________________________

9 Apr 2024

Selamat Hari Raya Aidilfitri

Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh dan Salam Sejahtera.


Ucapan rasmi Sambutan Hari Raya Aidilfitri 1445H daripada Puan Hartini binti Yaacob; 
Pengarah Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM) Negeri Selangor.


Selamat Hari Raya Aidilfitri,
Mohon maaf zahir dan batin juga daripada seluruh warga POG.

Baca selanjutnya...

5 Apr 2024

Ceramah Ramadan : "Sempatkah daku mengejar malam seribu bulan?"

Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh dan Salam Sejahtera.

5 April 2024 (Jumaat) - Dikongsikan suasana ceramah Ramadan yang bertajuk "Sempatkah daku mengejar malam seribu bulan?" yang disampaikan oleh Ustaz Syazwan Jaafar.






Baca selanjutnya...

3 Apr 2024

Survei Bazar Ramadan 2024

Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh dan Salam Sejahtera.

Bila tiba bulan Ramadan, pasti ada bazar Ramadan. Sempena bulan Ramadan ini, anggota Pejabat Operasi Gombak, DOSM Selangor telah membuat lawatan ke gerai-gerai terpilih untuk melaksanakan Survei Bazar Ramadan di bazar-bazar Ramadan terpilih di sekitar kawasan Majlis Perbandaran Selayang (MPS) dan Majlis Daerah Hulu Selangor (MDHS).

Tujuan utama survei ini dijalankan adalah untuk mengumpul maklumat berkaitan harga makanan dan nilai jualan semua bazar Ramadan yang beroperasi di seluruh Malaysia.




Selesai menjalankan tugas, sempat juga anggota POG membeli juadah lazat untuk berbuka. Jom sama-sama kita dapatkan juadah berbuka di bazar Ramadan yang berhampiran.

Terima kasih diucapkan kepada tuan/puan para peniaga bazar yang memberikan kerjasama sepenuhnya kepada staff DOSM Selangor semasa menjalankan survei ini. 

Selamat menunaikan ibadah puasa 1445 H. Marhaban ya Ramadan. Semoga Allah melimpahkan nikmat dan kebahagiaan untuk kita di bulan Ramadan ini.


Baca selanjutnya...

Majlis Khatam Al-Quran & Berbuka Puasa DOSM Selangor 2024

Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh dan Salam Sejahtera.

Selasa, 2 April 2024 – Kelab Sukan, Kebajikan & Sosial DOSM Selangor (KSKS) telah menganjurkan Majlis Khatam Al-Quran, Berbuka Puasa & Infak Ramadan bertempat di Dewan Jamuan Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Seksyen 14, Shah Alam bersama ahli-ahli kelab dan juga keluarga termasuk dari Pejabat Operasi Gombak dan Pejabat Operasi Kajang.

Kelab POG yang bernaung di bawah KSKS turut berkesempatan menghantar wakil ke majlis tersebut, yang dimeriahkan dengan kehadiran Puan Pengarah DOSM Selangor, Timbalan Pengarah dan Ketua Penolong Pengarah. Turut hadir adalah Ketua Pejabat Operasi Gombak dan Ketua Pejabat Operasi Kajang.

Sementara menunggu waktu berbuka, Puan Pengarah turut berbesar hati menyampaikan cenderahati kepada para peserta Majlis Khatam Al-Quran serta sumbangan Kotak Kongsi Rezeki Imarah Ramadan hasil infak warga DOSM Selangor kepada ahli kelab yang layak. 











Ramadan pun sudah hampir berada di penghujungnya. Semoga tarbiyyah Ramadhan kali ini dapat menjadikan kita insan yang lebih baik dan meningkatkan ketakwaan kepada Allah.
Daripada Abdullah bin Amru RA, bahawa Rasulullah صلى الله عليه وسلم bersabda: “Puasa dan alQuran akan memberikan syafaat kepada hamba (orang yang berpuasa dan yang sentiasa membaca al-Quran) di hari kiamat nanti. Puasa akan berkata: “Wahai Tuhan! Sesungguhnya aku telah menahan hamba-Mu ini daripada makan, minum dan perkara syahwat pada waktu siang, maka terimalah syafaatku kepadanya.” Manakala al-Quran pula akan berkata: “Wahai Tuhan! Sesungguhnya aku telah menahan hamba-Mu ini daripada tidur di malam hari, maka terimalah syafaatku kepadanya.” Baginda صلى الله عليه وسلم bersabda: “Maka Allah pun menerima kedua-dua syafaat tersebut.” 
Sumber : Portal Rasmi JAKIM
Baca selanjutnya...

1 Apr 2024

Berakhir sudah Tugasan di Kaunter Fizikal Pengemaskinian Pangkalan Data Utama (PADU)

Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh dan Salam Sejahtera.

Bermula daripada 2 Januari - 31 Mac 2024, seluruh anggota POG terlibat dalam melaksanakan tugasan membantu pendaftaran dan pengemaskinian sistem Pangkalan Data Utama (PADU) di Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) dan juga di kaunter-kaunter fizikal yang diwujudkan di lokasi-lokasi hotspot terpilih di seluruh daerah Gombak dan Hulu Selangor.

Dalam kesibukan melaksanakan tugas hakiki yang sedia ada, semua anggota POG begitu komited melaksanakan tugasan tambahan yang diamanahkan oleh Kementerian Ekonomi bagi membantu rakyat Malaysia mendaftar dan mengemaskini maklumat dalam sistem PADU termasuk bertugas selepas waktu pejabat dan pada waktu cuti hujung minggu. 

Pelbagai kisah suka duka, panas dan keringat dialami sepanjang 90 hari ini. Pastinya ia menjadi pengalaman berharga buat semua anggota.

suasana hari pertama... masih lengang

Ketua POG bersama Timbalan Ketua POG pun turut sama turun padang...





lawatan Pengarah DOSM Selangor


lawatan Dato' Seri Ketua Perangkawan Malaysia

lawatan Dato' Menteri Besar Selangor

lawatan Y.B Ahli Parlimen Selayang

lawatan Y.B ADUN Rawang

penangan hari terakhir... portal PADU mengalami kesesakan









Terima kasih dan setinggi-tinggi penghargaan diucapkan kepada seluruh warga POG atas kerjasama yang diberikan sepanjang pelaksanaaan PADU ini. Tahniah! Anda semua memang PADU!
Baca selanjutnya...
 
PENAFIAN: Kelab P.O Gombak (K-POG) tidak akan bertanggungjawab bagi apa-apa kehilangan, kerosakan atau kerugian yang disebabkan oleh penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi dari laman blog ini.