Sepatah Dua Kata

Blog Kelab Pejabat Operasi Gombak (K-POG) ini diwujudkan sebagai wadah perkongsian maklumat khususnya sesama ahli kelab dan juga sesama rakan-rakan lain di DOSM umumnya. Blog ini akan melaporkan segala perkembangan aktiviti kelab dan juga segala peristiwa yang berlaku di POG. _______________________________________________________________________________

6 May 2024

Majlis Meriahnya Raya DOSM Selangor 2024

Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh dan Salam Sejahtera.


6 Mei 2024 (Isnin) – Meriah sungguh  Majlis Meriahnya Raya untuk DOSM Selangor tahun 2024 ini dengan temanya "Serlahkan Rayamu". Ramai anggota yang memakai baju raya 'shocking colour'. Cantik dan segak sungguh. Majlis juga diserikan dengan kehadiran pesara-pesara DOSM Selangor yang sudi melapangkan masa bagi memeriahkan lagi program ini. Terima kasih ya.

bicara pengacara majlis & Puan Pengarah DOSM Selangor

Ada 6 kumpulan yang tak terlepas dari membuat persembahan hari ini. Kebanyakannya gabungan dari beberapa unit. Rezeki memihak kepada Pejabat Operasi Gombak (POG) yang memenangi hadiah persembahan terbaik. Di antara kriteria kemenangan adalah penglibatan dan kerjasama semua anggota POG dari awal lagi dan juga persembahan mereka yang jelas serta lancar. 




 

Juara Persembahan Terbaik... POG Awesome!!!

Si kacak bergaya Encik Mohd Hafizal bin Harun dari Pejabat Operasi Kajang (POK) berjaya meraih perhatian juri apabila dinobatkan sebagai penerima hadiah pakaian terbaik lelaki. Manakala si cantik jelita Puan Sarah Fayyadhah binti Adnan dari Unit Pentadbiran pula tersenyum lebar menerima hadiah pakaian terbaik wanita. Memang menepati tema betul pemenang-pemenang kali ni. Yang lain kalau nak menang, haruslah ikut tema betul-betul tau. 












Selamat Hari Raya semua! Jumpa lagi tahun hadapan.


Dikongsikan sorotan kemeriahan Majlis Meriahnya Raya DOSM Selangor 2024 untuk anda..

 
PENAFIAN: Kelab P.O Gombak (K-POG) tidak akan bertanggungjawab bagi apa-apa kehilangan, kerosakan atau kerugian yang disebabkan oleh penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi dari laman blog ini.