Sepatah Dua Kata

Blog Kelab Pejabat Operasi Gombak (K-POG) ini diwujudkan sebagai wadah perkongsian maklumat khususnya sesama ahli kelab dan juga sesama rakan-rakan lain di DOSM umumnya. Blog ini akan melaporkan segala perkembangan aktiviti kelab dan juga segala peristiwa yang berlaku di POG. _______________________________________________________________________________

6 May 2024

Mesyuarat Agung Tahunan Kelab Sukan, Kebajikan dan Sosial (KSKS) Sesi 2023/2024 Kali Ke-23

Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh dan Salam Sejahtera.

6/5/2024 (Isnin) - Selesai sudah Mesyuarat Agung Tahunan KSKS DOSM Selangor kali ke 23 bertempat di Wisma PKPS Shah Alam. Mesyuarat dimulakan dengan ucapan Encik Barshah bin Abu Bakar, Pengerusi KSKS sesi 2023/2024 dan disertakan Pembentangan Laporan Tahunan dan Laporan Kewangan tahun 2023.


Kesemua laporan aktiviti dan laporan kewangan telah dicadangkan dan disokong kelulusan oleh anggota DOSM Selangor tanpa sebarang bantahan.

AJK KSKS DOSM Selangor merakamkan setinggi-tinggi penghargaan atas segala sokongan yang diberi untuk program anjuran KSKS. Sambutan yang menggalakkan ini menyemarakkan lagi semangat AJK untuk merancang program-program lain yang semestinya dinanti-nantikan oleh seluruh warga DOSM Selangor.

antara barisan AJK

 
PENAFIAN: Kelab P.O Gombak (K-POG) tidak akan bertanggungjawab bagi apa-apa kehilangan, kerosakan atau kerugian yang disebabkan oleh penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi dari laman blog ini.