𝟖 𝐍𝐨𝐯𝐞𝐦𝐛𝐞𝐫 𝟐𝟎𝟐𝟒 - Sesi Review Pasca Banci Pertanian 2024 peringkat Daerah Gombak dan Petaling telah diadakan di Hotel De Palma, Shah Alam.
Tujuan sesi review ini adalah untuk menilai dapatan awalan Banci Pertanian 2024 dan membandingkannya dengan data yang sedia ada di pelbagai agensi di peringkat daerah. Selain daripada itu tujuan adalah untuk meninjau hasil awalan banci serta menyediakan platform bagi perbincangan mengenai input dan penambahbaikan data yang diperlukan. Diharapkan perbincangan ini dapat membantu pihak DOSM dalam menghasilkan laporan Banci Pertanian yang lebih komprehensif dan tepat.
Sesi ini turut dihadiri oleh Timbalan Pesuruhjaya Banci Pertanian 2024 bagi Negeri Selangor, Puan Hartini binti Yaacob, serta wakil dari Ibu Pejabat, Puan Komathi a/p Pindaya, bersama pengiringnya, Pn Josephin Puis dan Encik Ahmad Shahrul.
Antara agensi yang hadir adalah Pejabat Daerah dan Tanah Daerah Gombak, Pejabat Daerah dan Tanah Petaling, Pihak Berkuasa Tempatan MBSA, MBSJ, MBPJ, MPS, MPAJ, Pejabat Pertanian Daerah Gombak/Petaling, Pejabat Perikanan Daerah Gombak/Petaling, , Pejabat Veterinar Daerah Gombak dan Petaling, Pertubuhan Peladang, Pejabat RISDA, MARDI Kundang, Jabatan Perhutanan, FAMA, FRIM dan Jabatan Perancangan Bandar dan Desa Negeri Selangor.
DOSM Selangor ingin merakamkan setinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada semua agensi pertanian yang hadir atas komitmen dan kerjasama yang cemerlang dalam Sesi Review Pasca Banci Pertanian 2024 Daerah Gombak dan Petaling hari ini.
Sumber : Facebook DOSM Gombak