14 November 2024 - Majlis Perjumpaan Pengarah Bersama Warga Jabatan Perangkaan Malaysia Negeri Selangor telah diadakan di Banquet Dewan Jubli Perak, Bangunan SUK Negeri Selangor.
Puan Hartini binti Yaacob, Pengarah DOSM Selangor turut menyampaikan ucapan dan memberi ucapan penghargaan kepada warga jabatan kerana telah berusaha melaksanakan projek sebaiknya.
Seterusnya, diadakan juga sesi team building warga kerja DOSM Selangor bagi memantapkan lagi hubungan sesama anggota.
Tahniah juga diucapkan kepada team Prosesan, Perkhidmatan dan Harga-Harga yang menjuarai kemenangan pada sesi team building. Majlis ini dihadiri oleh semua kakitangan tetap DOSM Selangor.
Sumber : Facebook DOSM Selangor